Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpandangan industri kreatif mempunyai potensi besar untuk menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negara selain mampu menjana pendapatan lumayan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairy Jamaluddin Sifatkan Pak Lah Mentua Penyayang, Ambil Serius Hal Agama – ‘Masuk Waktu Saja, Dia Akan Solat’
Artikel Berkaitan: Hot FM Terima Sijil Asia Book Of Records, Cipta Sejarah Siaran Langsung Dasar Laut
Industri kreatif

Khairy atau mesra disapa KJ, 50, berkata, industri kreatif merupakan sektor yang sangat berbaloi untuk diberikan perhatian serta sokongan serius oleh kerajaan kerana potensinya yang besar dalam menjana ekonomi negara.
Industri kreatif mempunyai peranan yang sangat penting dan memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Bukan hanya tentang jualan tiket, tetapi turut melibatkan keseluruhan industri perfileman termasuk kru produksi, penulis skrip, pengarah, tenaga teknikal dan semua pihak yang terlibat dalam pembikinan sesebuah karya.
Bagi saya, industri kreatif adalah sebuah industri yang sangat berbaloi sekiranya minta kerajaan untuk memberi sokongan dan melabur dalam industri ini.
Ini bukan hanya menjana sumber ekonomi dalam negara tetapi sekiranya berjaya hingga ke peringkat luar negara, pasti akan menjana pendapatan yang lebih besar seperti Korea Selatan.
KJ berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem 5 Bomoh yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, KJ yang kini semakin aktif dalam bidang seni turut berkongsi pandangannya mengenai penglibatannya dalam dunia kreatif selepas tidak lagi memegang jawatan politik secara rasmi.
Menurutnya, dia tidak melihat sebarang masalah untuk bergiat dalam industri hiburan selagi tiada konflik dengan tanggungjawab politik.
Saya sebelum ini ahli politik dan sekarang mula menceburi cabang seni. Untuk keadaan tertentu, mungkin kedua-dua bidang itu boleh berjalan seiring.
Namun kalau saya memegang jawatan rasmi pada masa akan datang, saya perlu asingkan dunia politik dan kreatif demi menjaga profesionalisme.
Kalau melibatkan urusan rasmi, saya rasa tidak sesuai untuk dicampur aduk kerana saya mahu elakkan persepsi orang ramai menjadi keliru.
Selain Khairy Jamaluddin, filem 5 Bomoh turut dibintangi barisan pelakon popular seperti Datuk Aaron Aziz, Scha Alyahya, Ungku Hariz, Datuk Amy Search, Datuk Afdlin Shauki, Johan dan Ozlynn Wati.
The post KJ Aktif Dunia Seni, Elak Campur Politik & Kerjaya Pelakon first appeared on OHBULAN!.





