29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mengapa sekarang?’ – AMK tuntut Umno-BN beri penjelasan jujur isu DUN Johor

    Shopee Sale

    Pemuda PKR (AMK) Johor menuntut Umno-Barisan Nasional (BN) memberikan penjelasan yang jujur kepada rakyat negeri itu berhubung rasional pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ketika keadaan politik semasa masih stabil.

    Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad menegaskan bahawa kerajaan negeri sedia ada mempunyai kedudukan yang kukuh dengan penguasaan 40 kerusi DUN, selain disokong oleh 12 kerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai pengimbang.

    Malah, katanya pembangkang sentiasa bersedia untuk menyokong sebarang dasar dan polisi kerajaan yang memberikan manfaat serta kebaikan kepada rakyat.

    Faezuddin Puad

    “Dalam keadaan dunia sedang berhadapan dengan krisis global termasuk ketidaktentuan harga minyak, gangguan rantaian bekalan serta tekanan ekonomi serantau, Kerajaan Negeri sepatutnya memberi fokus kepada usaha berterusan memperkukuh serta menjamin kestabilan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat berbanding mengheret rakyat dalam percaturan politik.

    "Justeru, Umno-BN perlu ambil tanggungjawab moral tampil memberi penjelasan yang jujur kepada bangsa Johor mengapa pembubaran DUN dibuat sekarang sedangkan tiada krisis politik, tiada kehilangan majoriti dan tiada keperluan mendesak untuk mendapatkan mandat baharu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Isu ekonomi global, pembaziran kos

    MENARIK:  Kongsi sijil nikah palsu dengan kerabat, tukang urut dipenjara setahun 

    Mengulas lanjut, Faezuddin turut mempersoalkan kos penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini yang dijangka menelan peruntukan sekitar RM90 juta wang rakyat.

    “Sedangkan jika DUN dikekalkan sehingga tamat tempoh pada April 2027, pilihan raya negeri dan pilihanraya umum boleh diadakan serentak dan menjimatkan kos serta tenaga pentadbiran. Penjawat awam tidak perlu dibebankan dengan proses pilihan raya berulang kali dalam tempoh singkat,” katanya.

    Pada 1 Jun lalu, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri (DUN).

    Katanya pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

    Pengerusi BN Johor itu berkata pembubaran tersebut dibuat selepas mengambil kira keperluan untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat bagi memastikan kestabilan kerajaan negeri.

    Keputusan kerajaan negeri itu sekali gus memboleh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dalam tempoh 60 hari dari Isnin lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah