Pemilihan PKR kali ini adalah satu proses pertandingan dalaman parti dan tiada kaitan dengan soal rombakan kabeint, tegas Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dia yang juga Presiden PKR berkata pertandingan jawatan dalam parti itu sepatutnya menjadi proses yang mampu memperkukuh dan merangkul semua kekuatan untuk mengukuhkan parti.
“Pemilihan PKR adalah pertandingan antara sahabat-sahabat, rakan karib dan kenalan kita sendiri. Maka tidak timbul sama sekali soal berlaku perubahan kepada jemaah menteri.
“Kita tidak boleh menghalang cita-cita orang lain (untuk melepaskan jawatan atau mengisi kekosongan jawatan), dia ingat kosong (kekosongan jawatan) dia mahu isi.. itu biasa.
“Jika tanya saya, saya tidak ada sebarang rencana untuk lakukan apa-apa perubahan pada kabinet,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat bersama ketua-ketua pengarang media tempatan dan antarabangsa di Kompleks Seri Perdana, di Putrajaya malam ini.
[Laporan lanjut menyusul]





