29 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pemberi maklumat skandal rasuah Sabah perlu diberi perlindungan’

    Shopee Sale

    Pemberi maklumat mengenai dakwaan skandal rasuah di Sabah perlu diberikan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

    “Pemberi maklumat mesti diberi perlindungan, kalau tidak mereka tidak akan beri maklumat.

    “Saya tak ikuti laporan (berkenaan isu) itu, tapi mana-mana pemberi maklumat mesti dilindungi jika tidak mereka tidak akan beri maklumat,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

    Pemberi maklumat itu, yang juga seorang ahli perniagaan, sebelum ini menuntut diberi kekebalan dari segi undang-undang sebagai pertukaran mendedahkan skandal yang mengundang perhatian ramai itu.

    MENARIK:  PAS masih sangat perlukan pimpinan Hadi, kata MB Terengganu

    Selain rakaman video, dia mendakwa memiliki dokumen dan maklumat yang membuktikan dia telah memberi rasuah sejumlah Adun untuk menyokong permohonannya dalam mendapatkan projek penerokaan mineral.

    Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak permohonan kekebalan tersebut, dengan menyatakan pemberi rasuah juga perlu disiasat.

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah