Pelakon veteran, Kamarool Yusof kini menerima rawatan di Hospital Tanah Merah selepas dipercayai mengalami masalah saluran jantung tersumbat.
Artikel Berkaitan: Kamarool Yusoff Pegang Gelaran Duta Sudah Lima Tahun, Terharu Peminat Masih Bagi Sokongan
Kamarool Yusof kritikal

Perkara itu dimaklumkan oleh pelawak Amir Raja Lawak menerusi satu hantaran di Facebook miliknya. Menurut Amir, Kamarool atau lebih mesra disapa Cik Man telah dimasukkan ke hospital pada tengah malam Isnin dan kini berada dalam keadaan kritikal.
Cik Man telah dimasukkan ke Hospital Tanah Merah tengah malam semalam.
Keadaan beliau terkini kritikal kerana saluran jantung tersumbat dan kini telah ditidurkan untuk beliau berehat serta doktor menjalankan rawatan.
Dalam hantaran sama, Amir turut menitipkan doa agar urusan rawatan Kamarool dipermudahkan serta berharap pelakon itu diberikan kesembuhan.
Didoakan Allah permudahkan urusan rawatan Cik Man dengan baik-baik sahaja, semoga Cik Man cepat sembuh, pulih sihat seperti sediakala.
Buat masa sekarang tak dibenarkan melawat. Ada apa-apa perkembangan, in shaa Allah saya akan update juga.
Doa segala kebaikan buat Cik Man, InsyaAllah
Amir memaklumkan dia akan berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan pelakon berkenaan dari semasa ke semasa.
Sumber: Facebook Amir Raja Lawak
The post Kamarool Yusof Kritikal, Ditidurkan Selepas Saluran Jantung Tersumbat first appeared on OHBULAN!.





