Pengacara dan personaliti televisyen, Maria Tunku Sabri tidak mengambil pusing terhadap sebarang kritikan terhadap fizikalnya selepas mengalami penurunan berat badan susulan menjalani pembedahan bariatrik pada Julai tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Maria Tunku Sabri Akui Masih Rasa Bersalah, Terlepas Momen Anak-Anak Membesar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Payah Nak Jumpa Orang Baik’ – Maria Tunku Sabri Terharu Wanita Sudi Tumpangkan Kereta Ke Subang
Tak hirau kecaman

Ketika ditemui , Maria, 55, berkata keputusan untuk menjalani pembedahan itu dibuat demi menjaga kesihatan diri selain mengelakkan dirinya daripada bergantung kepada ubat diabetes.
Sebenarnya doktor sudah melakukan saringan kesihatan dan memberi saya tempoh tiga bulan untuk kuruskan badan.
Jika tidak dia terpaksa menyuruh saya mengambil ubat kencing manis dan kolesterol selain ubat darah tinggi yang telah saya ambil sejak 19 tahun lalu.
Maria berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media perkenalan barisan peserta bagi program Kilauan Emas Selebriti di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Mengulas mengenai kritikan yang diterima, Maria berkata dia menerima pelbagai komen negatif, malah ada yang melabelkan dirinya dengan pelbagai gelaran.
Saya tidak kisah orang nak cakap apa sebab mereka tidak berada di tempat saya. Saya fikirkan kesihatan saya dan tidak kisah apa cakap orang.
Mereka nak kata saya terlalu kurus, ibarat makcik berbangsa Cina, malah ada yang memanggil saya Roslan Shah, saya tak kisah semua itu.
Yang penting suami dan anak-anak saya tahu saya melakukan bariatrik demi kesihatan. Insha-Allah saya mahu hidup sihat, umur panjang dan melihat anak-anak saya berumah tangga.
Sementara itu, pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu meluahkan rasa syukur apabila tahap kesihatannya kini berada pada tahap yang lebih baik.
Selepas membuat pembedahan itu, saya rasa kesihatan saya bertambah baik. Saya sudah berhenti mengambil ambil ubat darah tinggi selepas 19 tahun memakannya dan tak perlu mula memgambil ubat kecing manis serta kolesterol.
Setiap bulan saya melakukan ujian darah dan doktor mendapati fungsi dalaman saya ibarat wanita berusia 18 tahun. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekarang sudah sihat tanpa penyakit tiga serangkai,
Dalam perkembangan lain, Maria merupakan salah seorang daripada 10 peserta bagi program yang bakal menemui penonton 22 Ogos depan.
Selain Maria, antara selebriti yang turut menjadi peserta termasuklah Zila Bakarin, Datuk Jalaluddin Hassan, Rashan Baba, Rahim Omar dan ramai lagi.
The post [VIDEO] Maria Tunku Sabri Tak Hirau Kritikan, Syukur Kesihatan Makin Baik Selepas Bariatrik first appeared on OHBULAN!.





