Pelakon dan usahawan, Syida Melvin mendedahkan dia bersama tiga anaknya kini menetap di kampung selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal di rumah kelaminnya di Shah Alam.
‘Kami dah lama tak tinggal sebumbung’

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, berkata dia dan suami, Syafiq Azim sudah lima bulan tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.
Hubungan dengan Syafiq, kami sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak raya hari itu, dan sudah lima bulan tidak duduk bersama.
Saya dan anak-anak duduk di kampung dan dia duduk di rumah kelamin, rumah itu atas nama saya. Dia tinggal berseorangan di sana.
Mengulas lanjut, Syida berkata keputusan tersebut dibuat selepas dia merasakan ia merupakan jalan terbaik bagi menjaga kesejahteraan emosinya.
Rumah itu rumah kelamin kami, dan bila saya failkan perceraian, adalah beberapa isu yang saya rasa kalau saya tinggal lagi bersama satu bumbung, saya akan mengalami tekanan emosi yang melampau.
Sebab itu saya ambil langkah untuk keluar dari rumah tersebut. Tapi apabila dah lama sangat dan sekarang sudah memasuki bulan Ogos, dia masih lagi tak ada rasa nak beralah, nak bagi ruang untuk anak-anak duduk di situ dengan saya, tiada.
Jadi sebab itulah saya terpaksa keluar daripada rumah dan adalah beberapa isu terjadi yang masih belum selesai sampai sekarang.
Syida berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis.
‘Saya terpaksa pulang ke kampung’

Bagaimanapun, Syida mengakui keputusan itu juga secara tidak langsung memberi kesan terhadap urusan persekolahan anak-anak serta kehidupan harian mereka.
Tengoklah macam mana selepas ini, sepatutnya saya dan anak-anak duduk di situ sebab mereka bersekolah.
Bila jadi begini, saya terpaksa pulang ke kampung sebab tak ada tempat tinggal dan anak-anak pun terpaksa pindah sekolah.
Saya apply sekolah di Penang, tapi tak ada sekolah yang nak terima sebab dah nak hujung tahun. Jadi kesianlah dekat anak-anak sebab terpaksa, tiba-tiba tak dapat nak pergi sekolah.
Berikutan itu, Syida berharap segala urusan berkaitan perceraiannya dapat diselesaikan dengan baik agar anak-anaknya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Saya harap selepas selesai jatuh talak, pihak sana dapat fikirlah sikit supaya anak-anak boleh duduk rumah macam biasa balik dan juga bersekolah di Shah Alam seperti biasa.
Anak-anak tahu, walaupun mereka baru berusia lima dan enam tahun tapi mereka faham.
Pada Khamis, peguam yang mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah memaklumkan proses lafaz cerai ditangguhkan pada 12 Ogos berikutan plaintif dalam keadaan tidak suci.
Pada Disember tahun lalu, Syida dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah.
Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.
The post [VIDEO] ‘Kami Dah Lima Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Saya & Anak-Anak Terpaksa Pulang Ke Kampung’ – Syida Melvin first appeared on OHBULAN!.





