32.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fitnah pengerusi MCMC, Daljit Singh diperintah bayar RM275,000

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas senator Daljit Singh membayar sejumlah RM275,000 kepada Mohamad Salim Fateh Din kerana memfitnah Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) itu.

    Dalam penghakiman yang disampaikan pada 30 Julai lepas, Hakim Roz Mawar Rozain memerintahkan Daljit membayar ganti rugi RM100,000 kepada Mohamad Salim, yang juga Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    Beliau turut memerintahkan Daljit yang juga Bendahari Agung Parti Progresif Penduduk (PPP), membayar balik pinjaman berjumlah RM100,000 kepada Mohamad Salim, selain membayar kos sebanyak RM75,000 bagi kedua-dua saman berkenaan.

    Mahkamah juga mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang defendan (Daljit) daripada mengulangi kesalahan yang sama terhadap Mohamad Salim pada masa hadapan.

    Peguam Harjinder Singh yang mewakili Daljit mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur.

    Mohamad Salim yang diwakili peguam Dhinesh Bhaskaran, memfailkan saman terhadap Daljit pada Jun 2023, yang mendakwa beliau mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan berunsur fitnah “Salim menipu saya” kepada peguam Selva Kumar Mookiah dalam bahasa Melayu pada 2021.

    MENARIK:  'Permohonan sertai program TVET naik 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan'

    Daljit turut menghantar mesej teks mengenai Mohamad Salim kepada Selva pada keesokan hari.

    Mohamad Salim juga mendakwa pada April 2023, Daljit sekali lagi mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan berunsur fitnah, yang dihantar kepada pengarang urusan sebuah portal berita.

    Plaintif mendakwa kenyataan Daljit itu memberikan gambaran bahawa beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, penipu, pembohong dan terbabit dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral.

    Beliau berkata bahawa kenyataan itu mencemarkan reputasi dan nama baiknya

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah