32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zarif Ghazzi Turun 21KG Demi Filem Kudrat 1968 – ‘Makan Sehari Sekali & Jogging 15KM’

    Shopee Sale

    Pelakon, Zarif Ghazzi sanggup menurunkan berat badan hampir 21 kilogram (kg) dalam tempoh tiga bulan semata-mata untuk menjayakan watak Abbas dalam filem terbaharunya, Kudrat 1968.

    Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Cedera Ketika Babak Aksi, Pilih Teruskan Penggambaran – ‘Ada Pendarahan Sikit’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Main Mercun Hampir Terbakar Rumah Jiran’ – Zarif Ghazzi Kongsi Detik Cemas Semasa Raya

    Berat badan

    Ketika ditemui , Zarif, 22, berkata dia mengamalkan diet tanpa karbohidrat bagi mencapai bentuk badan yang lebih sesuai dengan watak yang dibawanya.

    Saya memang tidak mahu orang nampak ‘Zarif Ghazzi’ dalam filem ini, memang nak orang nampak diri saya sebagai Abbas jadi memang mental dan fizikal saya ubah.

    Dari berat 90kg turun kepada 69kg dalam masa tiga bulan. Saya makan sehari sekali dan jogging sejauh 15 kilometer untuk mendapatkan fizikal yang sesuai dengan watak ini.

    Saya juga bukan seorang pemarah atau berlawan, jadi sepanjang empat hingga lima bulan persediaan itu, itulah cabaran sebenar saya sebelum masuk ke set penggambaran.

    Zarif berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan pelakon utama Kudrat 1968 di Robert’s Theatre, The Campus Ampang, di sini, pada Rabu.

    Zarif berkata, perubahan itu dilakukan kerana dia mahu menampilkan imej seperti seorang pelajar sekolah, selain memberi kelainan dari watak-watak yang pernah dibawanya.

    Permulaan karier saya dah banyak main watak umur 20 tahun ke atas dan badan saya kena besar.

    Jadi untuk dapatkan imej budak sekolah itu, saya memang mahu nampak realistik. Bukan sekadar mental saja kena berubah tetapi fizikal juga.

    Saya tidak mahu penonton mempersoalkan tentang bagaimana seseorang yang berbadan besar boleh memainkan watak budak sekolah jadi sebab itu saya kuruskan badan.

    Mengulas lanjut, Zarif berkata dia turut mengambil pendekatan menggelapkan warna kulitnya bagi menyerlahkan lagi penampilan sebagai seorang pelajar.

    MENARIK:  ‘Shuk Sahar Ada Di Sarawak, Kalau Tahu Anak Akan Lahir Saya Rasa Dia Takkan Berniaga Di Sana’ – Rakan

    Katanya, dia sanggup melakukan pelbagai pengorbanan demi menghidupkan watak tersebut kerana menganggapnya sebagai satu tanggungjawab besar yang perlu digalas sebagai seorang pelakon, apatah lagi watak itu sememangnya menjadi rebutan ramai.

    Saya percaya setiap rezeki yang datang dekat saya datang sekali dengan tanggungjawab.

    Saya tahu watak ini ramai yang idamkan, hampir sejuta yang menghantar video uji bakat.

    Untuk info, Kudrat 1968 menjadi prekuel kepada fenomena siri Projek: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024), dengan mengetengahkan kisah awal tercetusnya sistem hierarki rahsia yang diwujudkan dalam kalangan pelajar.

    The post [VIDEO] Zarif Ghazzi Turun 21KG Demi Filem Kudrat 1968 – ‘Makan Sehari Sekali & Jogging 15KM’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah