34 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Cerai ‘Fast Track’, Tak Tahan Perangai Suami & Ibu Mentua – ‘Dia Pecahkan Barang Sebab Saya Tak Bagi RM50 Untuk Balik Kampung’

    Shopee Sale

    Seorang wanita meluahkan rasa kesal terhadap sikap suami dan ibu mentuanya sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga.

    Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Dakwa Suami Tak Teruja Timang Anak Sulung – ‘Persiapan Bersalin Belum Selesai..Balik Borak Nak Beli Barang Motor & Ketum’

    Artikel Berkaitan: Isteri Hamil Terkilan Dengan Layanan Suami, Tak Peduli Lapar & Sengaja Tutup ‘Aircond’ – ‘Nampak Awak Hidup Selesa Sangat’

    Luahan wanita

    Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan memaklumkan bahawa dia telah ke mahkamah untuk menuntut perceraian terhadap suami.

    Saya baru balik dari mahkamah syariah untuk cerai fast track. Baru habis pantang, anak pun baru 48 hari.

    Suami asyik mengeluh pasal duit dan katanya disebabkan kami duit habis tak dapat bagi ibu bapa dia.

    Menurut wanita itu, dia mendakwa kebanyakkan perbelanjaan keperluan keluarga mereka ditanggung olehnya, manakala suami hanya mengambil sebahagian tanggungjawab.

    Makan hari-hari, barang dapur, keperluan kami, kereta, penapis air..saya bayar. Dia bayar rumah dan bil api dan air.

    Gaji dia ada lebih RM1,000 tapi untuk makan dia dekat pejabat dan beli kereta control.

    Bukan itu sahaja, suaminya juga didakwa bersikap tidak ambil peduli terhadap keadaan dirinya dan anak mereka, termasuk ketika dia memerlukan sokongan sepanjang tempoh berpantang serta menguruskan urusan berkaitan keluarga.

    Masa check up pergi sendiri, dia pula tidur.

    Sepanjang cuti bersalin, saya jaga anak 24/7, jarang makan, mandi dua hari sekali baru sempat.

    Raya asing sebab katanya ibu bapa lagi penting.

    Dia pernah pecahkan barang-barang rumah sebab saya tak bagi RM50 untuk dia balik kampung.

    Tadi pergi mahkamah saya memandu sambil dukung anak, dia diam tak cakap apa. Ini tengah tidur lena.

    Dalam pada itu, wanita berkenaan turut mendakwa dirinya pernah dipersalahkan oleh ibu mentua ketika dia meluahkan tentang masalah rumah tangga.

    MENARIK:  Dewi Dakwa Cik Epal Jadi Punca Bekas Suami Langgar Taklik? Keluar Rumah 6 Bulan Tanpa Nafkah – ‘Apa Yang Dikatakan Adalah Benar’

    Lebih menyedihkan, dia juga terpaksa menjual barang kemas miliknya bagi membantu kewangan keluarga.

    Bila mengadu dekat mak mentua, dia cakap, ‘sejak kahwin dengan awak anak aku miskin, dulu kaya. Awak isteri, kenalah tolong suami.’

    Gelang dan cincin hantaran semua dijual.

    Sumber: Threads

    The post Wanita Cerai ‘Fast Track’, Tak Tahan Perangai Suami & Ibu Mentua – ‘Dia Pecahkan Barang Sebab Saya Tak Bagi RM50 Untuk Balik Kampung’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah