29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dulu Mudah ‘Melenting’, Kini Lebih Tenang… Shila Amzah Belajar Tidak Semua Kritikan Perlu Dilawan – “Saya Ambil Yang Positif”

    Shopee Sale

    Ada satu perkara yang mungkin disedari oleh peminat yang mengikuti perjalanan Shila Amzah sejak dahulu.

    Jika suatu ketika dahulu penyanyi popular itu sering dilihat lantang mempertahankan dirinya di media sosial apabila berdepan kritikan, hari ini reaksinya jauh berbeza.

    ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Nak Peluk Shila Amzah Yang Berusia 26 Tahun”… Sedekad Kemudian, Dia Akhirnya Temui Bahagia

    ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya Bakal Tanda Tangan Kontrak Di Sana’ – Shila Amzah Bakal Berhijrah Ke China Tahun Depan

    Balas kritikan dengan tenang

    Di platform seperti Threads, pelantun lagu Cinta Hati itu lebih banyak membalas dengan tenang, malah ada kalanya mengakui pandangan yang diberikan orang ramai mempunyai asas yang boleh diterima.

    Perubahan itu bukan berlaku secara kebetulan. Bagi Shila, ia lahir daripada perjalanan hidup yang mengajarnya bahawa tidak semua kritikan perlu dijawab dengan kemarahan.

    Menurut penyanyi yang kini meraikan 25 tahun dalam industri muzik itu, dirinya suatu ketika dahulu hidup dalam tekanan yang datang daripada pelbagai arah sehingga emosinya mudah terganggu walaupun perkara kecil.

    “Sejujurnya saya diserang dari banyak sisi. Tekanan yang saya dapat, saya tak pernah betul-betul rileks dan tak pernah pergi bercuti.

    “Bila kita dah simpan beban bertahun-tahun, perkara kecil pun boleh jadi pencetus. Benda yang tak ada kena-mengena pun boleh buat kita melenting.”

    Pengakuan itu mungkin menjelaskan mengapa suatu ketika dahulu ramai mengenali Shila sebagai individu yang cepat mempertahankan diri apabila dikritik.

    Namun bagi Shila, kemarahan yang dipamerkan ketika itu sebenarnya bukan berpunca daripada satu komen semata-mata.

    Sebaliknya, ia adalah luahan emosi yang sudah lama dipendam sehingga akhirnya mencari ruang untuk keluar.

    Lihat kritikan dari sudut berbeza

    Hari ini, Shila mengakui dirinya melihat kritikan dari sudut yang berbeza.

    Menurutnya, apabila fikiran menjadi lebih tenang, seseorang akan mempunyai ruang untuk menilai sesuatu tanpa dipengaruhi emosi.

    “Sekarang bila saya dikritik dalam apa-apa perkara sekalipun, saya rasa fikiran saya lebih aman.

    “Ada ruang untuk orang memberikan kritikan dan saya juga memang nak memperbaiki diri. Manusia memang sentiasa perlu berubah menjadi lebih baik.”

    Bagi pelantun lagu Tinggal Kenangan ini, bukan semua cara penyampaian orang lain perlu dipersetujui.

    MENARIK:  Netizen Tegur Hamil Jarak Dekat, Isteri Fizo Omar Respon – ‘Berdosa Ke Saya Mengandung? Rezeki Takkan Nak Tolak’

    Namun jika kritikan itu mempunyai isi yang boleh membantu dirinya berkembang, dia memilih untuk mengambil perkara yang positif dan meninggalkan selebihnya.

    “Saya ambil intipati yang penting. Kalau ada yang boleh diperbaiki, saya terima.”

    Pendekatan itu turut mempengaruhi cara Shila melihat karya seninya sendiri.

    Mengulas kritikan terhadap album terbaharunya yang dianggap terlalu bereksperimen dan tidak mempunyai satu identiti muzik tertentu, Shila menjelaskan keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran.

    Katanya, album tersebut sebenarnya mencerminkan dirinya yang sebenar.

    “Album itu memang sangat eksperimental. Orang tanya kenapa tiba-tiba rock, tiba-tiba R&B. Tapi sebenarnya saya memang mendengar semua genre muzik. Saya tak pernah ada satu genre kegemaran sahaja.

    “Kalau macam itulah album itu, begitulah sebenarnya otak seorang Shila Amzah,” katanya sambil ketawa.

    Menurutnya lagi, peminat yang benar-benar mengenali dirinya pasti memahami bahawa kepelbagaian itu bukan sesuatu yang dibuat-buat, sebaliknya sudah lama menjadi sebahagian daripada identiti muziknya.

    Mungkin itulah perubahan terbesar yang berlaku kepada Shila hari ini.

    Jika dahulu dia merasakan setiap kritikan perlu dijawab, kini dia lebih selesa mendengar terlebih dahulu sebelum membuat penilaian.

    Bukan kerana sudah tidak mempunyai pendirian. Tetapi kerana dia sedar, menjadi matang bukan bermaksud menerima semua pandangan orang.

    Sebaliknya, ia tentang kebijaksanaan memilih mana yang benar-benar membantu kita menjadi versi diri yang lebih baik.

    Mungkin, selepas 25 tahun berada dalam industri, itulah antara pelajaran paling berharga yang berjaya dipelajari oleh Shila Amzah.

    Bagi yang ingin menyaksikan sendiri perjalanan 25 tahun seni Shila Amzah diterjemahkan ke atas pentas, konsert KITA – 25 Tahun Bersama bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026, jam 7.30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting.

    Konsert anjuran Pink Asia itu akan menghimpunkan perjalanan karier Shila menerusi lebih 40 lagu dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris, selain menampilkan barisan artis jemputan seperti Hael Husaini, DJ Fuzz, Mimy Fly, Kidd Santhe dan Balan Kashmir.

    The post Dulu Mudah ‘Melenting’, Kini Lebih Tenang… Shila Amzah Belajar Tidak Semua Kritikan Perlu Dilawan – “Saya Ambil Yang Positif” first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah