Polis Perancis menemui lima mayat bayi yang disimpan di dalam kotak kadbod di sebuah kediaman pasangan di Marseille, Perancis pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Mayat Wanita Ditemui Terapung, Tangan & Kaki Diikat Tali
Mayat lima bayi dalam rumah

Menurut laporan media antarabangsa, penemuan itu dibuat selepas seorang wanita melahirkan bayi pada Isnin lalu, di kawasan Orange. Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum mendedahkan butiran lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Difahamkan, kes berkenaan bukan insiden pertama melibatkan kematian bayi di Perancis.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa kes pembunuhan bayi berlaku di negara terbabit sehingga mendapat perhatian umum.
Pada Februari lalu, dua mayat bayi ditemui disimpan di dalam peti sejuk beku milik seorang wanita berusia 50 tahun di wilayah Haute-Saône.
Pada Mac, mahkamah di Perancis menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun terhadap seorang wanita berusia 44 tahun selepas didapati bersalah atas kematian dua bayi yang baru dilahirkannya, yang turut ditemui disimpan di dalam peti sejuk beku.
Sementara itu, pada 2018, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara lapan tahun selepas membunuh lima bayi yang baru dilahirkannya. Mahkamah mendapati wanita itu mengalami kemurungan manakala suaminya mempunyai masalah tingkah laku agresif
Pada 2015 pula, seorang lagi wanita dihukum penjara sembilan tahun selepas didapati bersalah membunuh lapan bayi yang baru dilahirkannya.
Dalam tahun sama, polis turut menemui mayat lima bayi di sebuah rumah di selatan Perancis, termasuk empat yang disimpan dalam peti sejuk beku.
Penemuan itu berlaku selepas seorang lelaki melaporkan kepada polis bahawa dia menemui mayat bayi di dalam beg penyejuk (cooler bag) di kediamannya.
Sumber: Malta Today
The post Polis Temui Lima Mayat Bayi Disimpan Dalam Kotak Kadbod Di Rumah first appeared on OHBULAN!.





