Pengarah dan penerbit, Erma Fatima mengakui dia sendiri tidak sanggup untuk menyebut tajuk naskhah terbaharunya, Dia Perempuan Sialan yang bakal menemui penonton menerusi platform Viu Original tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Rai Majlis Tunang Anak Ikut Adat Melayu, Siap Khatam Quran, Berinai, Mandi Bunga & Cukur Jambul
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Titip Doa Buat Fattah Amin & Amira Othman – ‘Peliharalah Kasih Sayang & Jauhi Mereka Dari Hasad Dengki’
‘Dia Perempuan Sialan’

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 58, berkata, dia sedar pemilihan tajuk tersebut kedengaran agak keras dan berkemungkinan mengundang pelbagai reaksi apabila drama itu ditayangkan kelak.
Kenapa tajuk dia Dia Perempuan Sialan, penonton semua kena tunggu dan nantikan sendiri apabila drama ini sudah keluar nanti.
Tajuk itu memang kedengaran agak kasar sehingga saya sendiri tidak boleh nak menyebutnya penuh. Nak sebut tajuknya pun saya tidak sanggup.
Erma berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Cinta Dalam Sekam dan What’s Next On Viu yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai pembikinan drama tersebut, Erma menjelaskan idea asal naskhah itu datang daripadanya, namun tanggungjawab menyiapkan skrip diserahkan kepada penulis Siti Jasmina.
Idea asal drama itu merupakan idea saya, tetapi saya tidak mampu untuk menulis sehingga habis, maka saya serahkan kepada Siti Jasmina untuk meneruskannya.
Antara sebab saya serahkan kepada dia kerana saya tidak boleh fokus disebabkan sedang membuat persiapan menyiapkan filem. Selain itu, genre ini juga bukan genre saya kerana ada sedikit elemen seram.
Jalan cerita itu sebenarnya sudah saya siapkan, cuma bahagian skrip saya serahkan sepenuhnya kepada Siti Jasmina.
Drama Dia Perempuan Sialan menampilkan barisan pelakon seperti Meerqeen, Hannah Delisha serta beberapa lagi nama popular dan dijangka menemui penonton tidak lama lagi.
The post Erma Fatima Tak Sanggup Sebut Tajuk Drama Baharu, ‘Dia Perempuan Sialan’ – ‘Kedengaran Agak Kasar first appeared on OHBULAN!.





