Seorang wanita berkongsi kisah menyentuh hati mengenai arwah adiknya yang sempat menunaikan hasrat bertemu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Syed Saddiq Antara Hadiah Birthday Paling Bermakna Untuk Ara’ – BASS
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tarikh Kahwin Dah Ditetapkan Tapi Tak Boleh Beritahu Bila, Tak Terlalu Lama Dari Sekarang’ – Syed Saddiq
Mengagumi Syed Saddiq

Menerusi hantaran di Threads, wanita berkenaan mendedahkan arwah adiknya sudah lama mengagumi Syed Saddiq dan menyimpan impian untuk bertemu dengannya.
Siapa sangka, arwah adik saya sempat bertemu dan bergambar dengan Syed Saddiq sebelum arwah pergi. Arwah memang pernah cakap yang dia dah lama mengagumi Syed Saddiq.
Bila saya godek-godek telefon arwah, Allahuakbar, rupanya ada gambar kenangan arwah bersama Syed Saddiq pada 8 Julai 2026 dan arwah pergi meninggalkan semua pada 21 Julai 2026.
Tak sangka itu menjadi salah satu memori terakhir yang arwah tinggalkan. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah.
Perkongsian itu menyentuh hati ramai pengguna media sosial yang turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Lebih mengharukan, Syed Saddiq sendiri tampil meninggalkan komen pada hantaran berkenaan dengan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Salam takziah. Doa saya bersama arwah dan keluarga. Boleh saya tahu apa yang terjadi? Maaf kerana terlepas pandang.
Difahamkan, arwah dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 21 Julai lalu.
Sumber: Threads
The post Wanita Kongsi Kisah Arwah Adik Sempat Tunaikan Hajat Bertemu Syed Saddiq Sebelum Meninggal Dunia first appeared on OHBULAN!.





