29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pulau Pinang nafi usir komuniti Rohingya

    Shopee Sale

    Kerajaan Pulau Pinang akan terus memantau isu penempatan komuniti Rohingya di negeri itu, susulan proses perpindahan secara sukarela warga Rohingya dari penempatan sementara di bekas tapak tsunami di Penaga, Kuala Muda di Seberang Perai Utara (SPU), dekat George Town pada Ahad malam.

    Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata tindakan perpindahan itu bukan merupakan operasi yang diarahkan kerajaan negeri, sebaliknya dilakukan komuniti tersebut yang memilih untuk mendapatkan bantuan daripada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

    Beliau berkata perpindahan itu turut dibantu dengan penyediaan pengangkutan, bagi memudahkan mereka bergerak keluar dari kawasan tersebut.

    “Pada masa ini, operasi seperti itu bukan dijalankan oleh kerajaan dan dalam kes ini, apa yang berlaku ialah mereka yang mahu berpindah, telah mendapatkan bantuan daripada UNHCR dan pergi ke Kuala Lumpur.

    “Itu memang kita dengar ada reaksi orang tempatan kepada kehadiran komuniti Rohingya di kawasan mereka, yang sememangnya ada impak kepada sosial dan ekonomi tempatan, komuniti Rohingya itu memahami perasaan orang tempatan dan memilih untuk pindah ke luar,” katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

    Chow ditemui selepas mengadakan lawatan rasmi ke kilang Mi Equipment di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, dekat Georgetown.

    Chow berkata terdapat beberapa kawasan di negeri itu yang mempunyai kelompok komuniti Rohingya termasuk di Penaga dan kawasan Bagan, dengan kerajaan negeri akan sentiasa memantau perkembangan mereka di kawasan tersebut.

    Beliau berkata setakat ini, aduan secara terus kepada kerajaan negeri tidak banyak diterima, sebaliknya penduduk mungkin menyalurkan maklumat atau aduan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau pihak polis.

    MENARIK:  Ini bukan kerajaan 'Ops Lalang', Fahmi bidas Ambiga

    “Tidak kerap sangat, mungkin mereka menghubungi MPKK atau polis bergantung kepada keadaan dan secara terus kepada kerajaan negeri, tidak banyak,” katanya.

    Dalam pada itu, Chow mengingatkan semua pihak supaya menghormati undang-undang negara dan menggunakan saluran yang betul dalam menangani sebarang isu berkaitan komuniti itu.

    Chow berkata UNHCR juga perlu memainkan perananan lebih aktif dalam memantau isu melibatkan pelarian, terutamanya apabila pertambahan bilangan mereka boleh menimbulkan cabaran dari segi pengurusan.

    “Kita tidak boleh membiarkan tindakan-tindakan yang menjejaskan kehidupan rakyat, penduduk atau menimbulkan halangan kepada lalu lintas dan sebagainya, kita sebuah negara yang mempunyai undang-undang, jadi orang yang datang ke sini perlulah menghormati undang-undang dan menggunakan saluran yang betul,” katanya.

    Semalam proses perpindahan warga Rohingya dari penempatan sementara di bekas tapak tsunami Penaga dilakukan secara sukarela, susulan persaingan ekonomi dan pertambahan penghuni di kawasan berkenaan.

    Ketua Polis Daerah SPU ACP Anuar Abdul Rahman dilaporkan berkata proses perpindahan itu dilakukan secara sukarela oleh warga Rohingya sendiri, yang dibantu serta diselaraskan jabatan Persekutuan, iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, kerajaan negeri, Majlis Keselamatan Negara, wakil penduduk tempatan dan wakil warga Rohingya.

    Ratusan pelarian Rohingya itu dilaporkan berkumpul di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur selepas tiba di ibu negara awal pagi tadi, menaiki tiga bas dari Pulau Pinang.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenai perkara itu dilaporkan berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah