Polis hari ini menyiasat seorang peguam di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya pada perhimpunan antikerajaan bulan lalu, yang menggelar Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai 'scammer' kerana gagal mengotakan janji.
Penganjur himpunan "Rakyat Lawan Anwar", Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, dia dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar susulan laporan yang dibuat di Perlis oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak dinamakan.
"Tajuk ucapan scammer, scammer, Anwar scammer ini rupa-rupanya telah pun mendapat perhatian daripada beberapa NGO.
"Salah satu NGO di Perlis telah buat laporan polis terhadap saya dan siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 bersama Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 505B Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.
Mengulas mengenai kandungan ucapannya, Rafique berkata dia menyebut mengenai enam penipuan besar dilakukan pentadbiran Anwar, dan salah satunya bekerjasama dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk membentuk kerajaan.
Selain bekerjasama dengan Ahmad Zahid yang sebelum ini dibebaskan daripada 47 pertuduhan rasuah, Rafique berkata penyasaran susbdidi diesel juga merupakan salah satu penipuan utama dilakukan kerajaan.
[Berita penuh menyusul]





