26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS sedia bekerjasama semula jika ada pertukaran pimpinan Umno

    Shopee Sale

    Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, memberi bayangan bahawa kerjasama antara PAS dan Umno boleh dihidupkan kembali sekiranya presiden sekarang, Ahmad Zahid Hamidi, tidak lagi menerajui kepimpinan parti tersebut.

    Menurutnya, PAS sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasama semula dengan Umno demi menyatukan umat Islam di Malaysia.

    Hashim Jasin

    Merujuk kepada kerjasama terdahulu menerusi Muafakat Nasional, katanya, dia berkata: “Dengan Umno ini dah pun kita rancang dan wujudkan perpaduan ummah termasuk ada piagamnya, tapi mungkin ada masalah sikit, tapi pintu kita tak pernah tutup.”

    “Kita pun tahu siapa yang menolak (kerjasama) itu sebelum ini, mungkin dengan pertukaran kepimpinan dalam Umno, mana tahu pintu akan terbuka luas balik, Insya-Allah.

    “Apa-apa pun kita lihat nanti lepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti,” katanya yang dipetik oleh Scoop.

    Ketika ditanya sama ada Bersatu - rakan sekutu PAS dalam Perikatan Nasional - akan menentang kerjasama dengan Umno, Hashim berkata perkara itu boleh diselesaikan antara parti yang terlibat.

    “Itu terpulang kepada mereka (Umno dan Bersatu), tapi bagi PAS, kita terbuka untuk perpaduan ini, kita sentiasa berdoa.

    MENARIK:  Harga ayam stabil sejak subsidi ditamatkan - Fuziah

    “Dengan kes-kes yang berlaku sekarang ini sama ada dalam dan luar negara mungkin membuka jalan untuk pimpinan-pimpinan memikirkan apa yang perlu kita beri keutamaan demi penyatuan ummah dan Islam,” katanya.

    Sebelum ini,  bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Mohd Asri Mat Daud menyatakan keyakinannya bahawa Umno dan PAS masih boleh menghidupkan semula Muafakat Nasional sebelum pilihan raya akan datang.

    “Akar umbi Umno dan PAS, mereka lebih suka bermuafakat, memang rata-rata kalau pergi ke akar umbi, saya rasa pimpinan atas pun tahu, mereka minta supaya MN dihidupkan kembali,” katanya.

    Bagaimanapun, Zahid yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum lalu,  secara konsisten menolak cadangan untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional dengan menuduh PAS tidak ikhlas dalam kerjasama tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah