30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS kaji buruk baik jika bersama kerajaan perpaduan – Mursyidul Am

    Shopee Sale

    Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mengakui terdapat usaha daripada pihak tertentu yang mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Malah, katanya, perkara itu juga ada dibangkitkan pada Majlis Syura Ulama, namun secara sepintas lalu dan belum ada sebarang keputusan muktamad.

    “Kita perlu kaji dan tengok baik buruk mengenainya dan adakah dalam kerjasama di dalam kerajaan itu ada DAP dan sebagainya. Perkara itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.

    “Ya, memang ada usaha daripada pihak tertentu yang mengajak kita bersama di dalam kerajaan perpaduan dan kita belum buat apa-apa keputusan lagi,” kata Hashim yang dipetik Utusan Malaysia, hari ini.

    Menurut musyidul am PAS itu, sebagai parti tunggal yang mempunyai kerusi terbanyak di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu sudah pastinya, kerjasama itu boleh membantu memperkuatkan kedudukan kerajaan.

    MENARIK:  KOLUM | Perjuangan sepanjang hayat

    Namun, untuk bersama di dalam kerajaan perpaduan, Hashim berkata PAS memerlukan kajian dan perbincangan lebih menyeluruh.

    “Ada baik dan buruknya perkara tersebut dengan PAS masih tidak membuat sebarang keputusan muktamad mengenainya”, katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah