31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bukan Sekadar Memasak, MSSCC Dedahkan Pelajar Dengan Kemahiran Hidup & Literasi Kewangan

    Shopee Sale

    Siapa sangka, daripada belajar menyediakan satu hidangan lengkap, seorang pelajar sebenarnya boleh mempelajari pelbagai kemahiran termasuk cara mengurus kewangan, bekerja dalam pasukan dan membuat keputusan bijak.

    Itulah yang cuba diterapkan oleh Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) yang kini memasuki edisi ke-29 dengan pembaharuan lebih besar. Buat pertama kalinya sejak diperkenalkan pada tahun 1997, pertandingan ini dijalankan menerusi jalinan kerjasama strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)melalui Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), sekali gus memperluaskan impaknya kepada pelajar di seluruh negara.

    Memasak jadi medium belajar kemahiran yang ramai tak sedar

    Kalau dahulu peserta hanya dinilai berdasarkan kreativiti dan kemahiran menyediakan hidangan, tahun ini MSSCC tampil dengan pembaharuan yang lebih relevan dengan kehidupan sebenar.

    Selaras dengan Strategi Kebangsaan Literasi Kewangan 2026–2030 (NS2.0), edisi 2026 memperkenalkan elemen literasi kewangan dalam pertandingan tersebut

    Ini bermakna, pelajar bukan sahaja perlu menyediakan menu yang sedap dan seimbang, malah turut didedahkan kepada cara mengurus bajet dapur dan membuat keputusan kewangan yang bijak. Kemahiran seperti ini mungkin kelihatan kecil, namun sangat berguna apabila mereka melangkah ke alam dewasa.

    Menurut Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura, setiap hidangan yang disediakan sebenarnya membawa pengajaran yang jauh lebih besar daripada apa yang terhidang di atas meja.

    Tambah beliau, memasak bukan sekadar tentang menyediakan makanan, tetapi satu kemahiran hidup yang mengajar perancangan, kreativiti, rasa tanggungjawab serta sikap mengambil berat terhadap orang lain. Nilai-nilai inilah yang menjadi tunjang MSSCC sejak ia diperkenalkan dan terus membentuk evolusi pertandingan sehingga hari ini.

    Penyertaan meningkat lebih dua kali ganda, bukti program semakin mendapat tempat

    Sambutan terhadap MSSCC juga semakin menggalakkan dari tahun ke tahun.

    Jika pada tahun 2025 pertandingan ini menerima penyertaan seramai 2,088 pelajar, jumlah itu melonjak kepada 4,606 pelajar pada tahun 2026, iaitu peningkatan sebanyak 120%. Peningkatan ini jelas menunjukkan semakin ramai pelajar melihat pertandingan ini sebagai peluang untuk mempelajari kemahiran yang berguna di luar bilik darjah.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Keadaan Bapa Saya Makin Uzur’ – Amir Raja Lawak Harap Isu Tunggakan Bayaran Selesai Dengan Baik
    MSSCC

    Bagi memastikan pertandingan lebih adil, MSSCC 2026 turut memperkenalkan dua kategori berbeza iaitu Menengah Rendah dan Menengah Atas. Peserta akan bersaing di peringkat negeri di kesemua 16 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan sebelum pasukan terbaik daripada setiap kategori mara ke pertandingan akhir kebangsaan.

    Bertemakan “Penerus Legasi Citarasa Moden”, pertandingan tahun ini meraikan pelajar sebagai generasi pelapis yang bakal meneruskan kekayaan warisan masakan Malaysia sambil memberi nafas baharu mengikut cita rasa dan gaya hidup moden.

    Lebih daripada pertandingan, inilah bekalan untuk masa depan

    Apa yang menjadikan MSSCC terus relevan selepas hampir tiga dekad ialah fokusnya yang bukan hanya tertumpu kepada masakan semata-mata.

    Sepanjang pertandingan, pelajar didedahkan kepada teknik penyediaan makanan, keselamatan makanan, pengetahuan tentang bahan masakan serta amalan pemakanan seimbang berpandukan konsep Suku-Suku-Separuh dan Pinggan Sihat Malaysia.

    Dalam masa yang sama, mereka turut membina kemahiran insaniah seperti kerja berpasukan, disiplin, daya tahan, kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah. Semua pengalaman ini membantu membentuk keyakinan diri serta menyediakan mereka menghadapi cabaran di sekolah, alam pekerjaan dan kehidupan pada masa hadapan.

    Sejak diperkenalkan pada tahun 1997, MSSCC telah memperkasa lebih 350,000 pelajar Malaysia, sekali gus menjadikannya antara pertandingan memasak sekolah yang paling lama dianjurkan di negara ini. Dengan kerjasama strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, MSSCC kini melangkah ke fasa baharu sebagai sebuah platform pembangunan pelajar bertaraf nasional yang terus melahirkan generasi muda dengan kemahiran hidup yang lebih menyeluruh.

    Bagi ibu bapa atau pelajar yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2026, maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi program.

    The post Bukan Sekadar Memasak, MSSCC Dedahkan Pelajar Dengan Kemahiran Hidup & Literasi Kewangan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah