28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    FGV Uji Biodiesel B100 Berasaskan Sawit Tempatan Dalam Operasi Ladang Sebenar

    Shopee Sale

    Pernah terfikir tak, hasil sawit tempatan sebenarnya boleh digunakan untuk menggerakkan jentera di ladang?

    Itulah yang sedang dibuktikan oleh FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi pelaksanaan projek perintis biodiesel B100, iaitu bahan api yang diperbuat daripada 100% minyak sawit tempatan tanpa campuran bahan api fosil.

    Menariknya, projek ini bukan sekadar ujian di atas kertas, tetapi dijalankan terus dalam operasi sebenar di ladang bagi melihat sejauh mana prestasinya dalam penggunaan harian.

    FGV uji biodiesel B100 dalam operasi ladang sebenar

    Selepas berjaya menjalankan ujian ke atas kenderaan jalan raya sebelum ini, FGV kini membawa projek tersebut ke peringkat seterusnya dengan menguji penggunaan biodiesel B100 di kawasan perladangan.

    Projek perintis selama enam bulan ini dijalankan di Ladang Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak (PPPTAR), Jerantut, Pahang.

    Sebanyak 17 buah aset operasi akan digunakan sepanjang tempoh tersebut termasuk:

    • Traktor
    • Jentera pertanian
    • Penjana kuasa
    • Kenderaan pacuan empat roda (4WD)

    Pemilihan kawasan ladang bukan dibuat secara kebetulan. Ia dipilih kerana keadaan operasinya jauh lebih mencabar dengan penggunaan jentera yang berterusan, cuaca panas, bentuk muka bumi yang pelbagai serta beban kerja yang berbeza setiap hari.

    Bukan sekadar isi minyak, setiap prestasi akan dipantau

    Sepanjang tempoh ujian, setiap aset akan dipantau secara menyeluruh bagi mendapatkan data sebenar mengenai prestasi biodiesel B100.

    Antara perkara yang akan dinilai termasuklah:

    • Penggunaan bahan api
    • Prestasi enjin
    • Tahap kebolehpercayaan operasi
    • Keperluan penyelenggaraan
    • Kualiti bahan api

    Sebelum ujian bermula, semua jentera turut menjalani pemeriksaan dan penyelenggaraan bagi memastikan data yang dikumpulkan lebih tepat untuk dijadikan rujukan sepanjang projek berlangsung.

    Sokong agenda tenaga boleh diperbaharui negara

    Menurut Pengerusi FGV, Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Malaysia mempunyai kelebihan besar sebagai antara pengeluar minyak sawit utama dunia.

    Justeru, inovasi seperti biodiesel B100 mampu membuka lebih banyak peluang penggunaan hasil sawit tempatan, selain menyokong agenda tenaga boleh diperbaharui negara.

    Malah, FGV turut menyambut baik keputusan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan campuran biodiesel nasional kepada B20, sekali gus memperkukuhkan penggunaan sumber tenaga berasaskan bahan tempatan.

    MENARIK:  Floor 88 Nyaris Disaman Penganjur, Pengurus ‘Lock’ Persembahan & Ambil Deposit – ‘Kita Masih Fikir Aib & Ahli Keluarga Dia’

    Lebih daripada bahan api, ini usaha tambah nilai hasil sawit negara

    Bagi FGV, projek ini bukan sekadar menguji sama ada biodiesel B100 sesuai digunakan dalam operasi ladang.

    Sebaliknya, ia merupakan usaha jangka panjang untuk menghasilkan lebih banyak produk bernilai tinggi berasaskan sawit melalui penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi.

    Pada masa sama, inisiatif ini turut memberi manfaat kepada ekosistem FELDA kerana Tandan Buah Segar (FFB) yang dihasilkan oleh para peneroka menjadi asas kepada penghasilan pelbagai produk hiliran termasuk biodiesel B100.

    Dilancarkan sempena Hari Peneroka FELDA 2026

    Projek ini dilancarkan bersempena Hari Peneroka FELDA 2026 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

    Majlis tersebut turut dihadiri lebih 3,000 tetamu termasuk barisan kepimpinan kerajaan Persekutuan dan negeri, wakil agensi kerajaan, pengurusan FELDA serta FGV, selain warga peneroka dari seluruh negara.

    Festival FGV 2026 turut meriah dengan pelbagai aktiviti menarik

    Selain pelancaran projek B100, orang ramai juga berpeluang mengunjungi Festival FGV 2026 yang menampilkan pelbagai produk dan inovasi berasaskan sawit.

    Antara aktiviti menarik yang disediakan ialah:

    • Warung FGV yang menyajikan hidangan menggunakan produk SAJI, SERI PELANGI dan GULA PRAI.
    • Pameran biodiesel B100.
    • Demonstrasi teknologi.
    • Demo masakan.
    • Tawaran istimewa produk pengguna FGV.
    • Pelbagai permainan serta kuiz menarik sepanjang festival.

    Ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif FGV

    Usaha ini membuktikan bahawa hasil sawit bukan sahaja memainkan peranan penting dalam industri makanan, malah berpotensi menjadi sebahagian daripada masa depan tenaga boleh diperbaharui negara.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Festival FGV 2026 serta pelbagai inisiatif lain oleh FGV, layari laman web rasmi FGV Holdings atau ikuti saluran media sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn dan YouTube.

    The post FGV Uji Biodiesel B100 Berasaskan Sawit Tempatan Dalam Operasi Ladang Sebenar first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah