29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen hentam KKM anjur rumah terbuka raya penuh glamor

    Shopee Sale

    Kementerian Kesihatan (KKM) menerima kritikan hebat susulan penganjuran majlis sambutan Hari Raya besar-besaran di kementerian itu semalam.

    Ramai pihak mempersoalkan perbelanjaan KKM untuk majlis rumah terbuka itu, selepas beberapa gambar acara berkenaan menunjukkan sambutan yang meriah termasuk persembahan daripada artis popular tanah air.

    Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik di akaun Facebook Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, antara artis yang dijemput menghiburkan tetamu ialah penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza dan raja pop, Jamal Abdillah.

    Satu kumpulan penari tradisional Melayu turut kelihatan membuat persembahan di atas pentas dalam acara itu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

    Hantaran Facebook Dzulkefly yang dimuat naik sebelum jam 11 malam tadi menarik ratusan kritikan, termasuk daripada individu yang dipercayai petugas kesihatan.

    “Untungnya orang-orang kementerian kan, jamuan level-level kayangan..artis panggil yang mahal-mahal. Kalaulah bajet tu digunakan untuk repair klinik-klinik yang daif lagi bagus,” kata satu komen netizen pada hantaran tersebut.

    Seorang lagi netizen bertanya: “Aik, ada bajet pulak?”

    “Kalau saya, saya malu nak buay jamuan dan up kat sosmed bila pakerja bawah jagaan saya burn out. Itu saya lah,” komen seorang lagi, dipercayai merujuk kepada isu beban kerja petugas kesihatan KKM di seluruh negara.

    “Lauk boleh tambah, staff bila nak tambah?" soal seorang lagi warga maya.

    MENARIK:  KTMB: Penganjur festival muzik patuhi syarat tren sewa khas

    Ada juga komen di Facebook Dzulkefly yang menggesa menteri itu meletakkan jawatan.

    Malaysiakini telah menghubungi KKM dan pejabat menteri untuk mendapatkan maklum balas. Seorang pembantu Dzulkefly memaklumkan bahawa menteri itu akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

    Jumlah sebenar perbelanjaan KKM bagi majlis sambutan hari raya dan persembahan tersebut masih belum diketahui.

    Bagaimanapun Malaysiakini dimaklumkan bahawa Jamal bersetuju membuat persembahan sebagai memenuhi jemputan daripada ketua setiausaha kementerian itu yang juga sahabatnya.

    Penyanyi terkenal dengan lagu ‘Gadis Melayu’ dan ‘Kekasih Awal dan Akhir’ itu berkata dia tidak menetapkan bayaran tetapi bersetuju membuat persembahan sebagai tanda penghargaan.

    "Disebabkan saya ini kawan kepada datuk KSU, jadi saya tak kira berapa dia nak bagi, saya ambil.

    'Tak mahal pun, beberapa ribu (Ringgit) sahaja.

    "Jadi besar hati saya dapat menghiburkan PMX dan dapat hiburkan warga-warga KKM,” kata Jamal.

    Usaha mendapatkan komen daripada Siti Nurhaliza melalui pengurusnya masih belum berjaya.

    KKM sejak sekian lama berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja yang menurut kementerian berpunca daripada kekangan kewangan.

    Menurut laporan media, ramai petugas kesihatan termasuk doktor mengalami keletihan melampau akibat waktu kerja yang panjang dan beban kerja yang tinggi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah