31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Akan Seimbangkan Agama, Pelajaran & Minat Anggrek’ – Adira

    Shopee Sale

    Penyanyi, Adira Suhaimi terbuka menerima sebarang kritikan netizen berhubung kemenangan anaknya, Anggrek dalam pertandingan Talk To My Manager 2 (TTMM2) apabila ada segelintir pihak mempertikaikan keputusan tersebut.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Buat House Tour, Netizen Terpegun Dengan Konsep DIY – ‘Memang Wanita Hebat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Tak Mahu Heboh Soal Cinta Dengan Lelaki Istimewa – ‘Alhamdulillah Anak-Anak Sangat Selesa’

    Kemenangan dipertikai

    Adira atau nama lengkapnya, Siti Adira Suhaimi, 34, berkata dia menganggap kejayaan itu sebagai rezeki yang telah ditetapkan dan menghormati pandangan orang ramai meskipun tidak semua bersetuju dengan keputusan pertandingan berkenaan.

    Saya anggap kemenangan ini sebagai rezeki Anggrek. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Jika ada yang mempertikaikan keputusan tersebut, saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana keputusan dibuat juri profesional.

    Saya menerima dengan hati yang terbuka. Saya faham bukan semua orang akan berpuas hati, bukan semua orang akan suka atau bersetuju dengan sesuatu keputusan.

    Apa yang penting, Anggrek sudah memberikan yang terbaik dan melakukan apa yang termampu. Jika ada yang menyukai persembahannya, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, saya tidak terlalu mengambil hati.

    Adira berkata demikian ketika ditemui pada program MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.

    Selain kemenangan Anggrek yang menjadi perdebatan, terdapat juga segelintir pihak yang menyentuh soal agama apabila beranggapan kanak-kanak seusianya masih terlalu muda untuk terlibat dalam dunia hiburan yang dianggap sebagai maksiat duniawi.

    Mengulas perkara itu, pelantun lagu Sayang Orang Yang Sama menegaskan, dia sebagai ibu lebih mengetahui cara terbaik untuk membentuk dan mendidik anaknya agar tidak terpesong daripada landasan yang betul.

    Sebagai seorang ibu, saya tahu bagaimana untuk mencorakkan kehidupan anak saya. Saya juga berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat Anggrek.

    Bagi saya, nyanyian adalah minat dan hobinya. Sebagai ibu, saya perlu menyokong apa yang diminatinya. Tidak mungkin saya mahu menghalangnya jika dia benar-benar meminati bidang tersebut.

    Saya akan sentiasa berada di belakang Anggrek selagi perkara yang dilakukannya tidak memudaratkan dirinya. Pada masa sama, saya tetap akan memastikan keseimbangan antara agama, pelajaran dan minatnya.

    Dalam pada itu, Adira turut mengambil langkah mengawal penggunaan media sosial anaknya bagi mengelakkan Anggrek tidak terdedah kepada komen negatif yang boleh memberi kesan terhadap emosinya.

    MENARIK:  [VIDEO] Ryzal Dikecam, Buat Lawak Lucah Samakan Tembikai Dengan Anak & Isteri – ‘Malunya, Makanan Pun Dia Nak Sexualised’

    Adira berkata, fokus utamanya ketika ini adalah memastikan Anggrek dapat menikmati pengalaman dalam bidang yang diminatinya selain menitikberatkan aspek pendidikan serta agama.

    Saya tidak membaca setiap komen secara terperinci, tetapi kadang-kadang ada juga perkara yang sampai kepada saya melalui orang sekeliling.

    Bagi saya dan Anggrek, kami tidak mahu terlalu memikirkan perkara negatif kerana masih ramai yang memberikan sokongan dan kata-kata positif. Yang baik kita ambil, manakala yang buruk kita ketepikan.

    Saya memang mengawal penggunaan media sosialnya. Pada masa sama, saya rasa Anggrek juga seorang anak yang memahami bagaimana media sosial berfungsi.

    The post ‘Saya Akan Seimbangkan Agama, Pelajaran & Minat Anggrek’ – Adira first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah