Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya bukanlah seorang suami yang pemurah terhadap isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebelum ini.
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Staff Pertama Kali Nak Pergi’ – Shahida Bakal Berangkat Tunai Umrah Bersama Keluarga & 60 Orang Pekerja
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Setuju Aliff Syukri Masuk Politik, Fokus Pada Perniagaan Sahaja’ – Shahida
Kedekut dengan isteri
View this post on Instagram
Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman mendedahkan pernah bersikap kedekut terhadap Shahida.
Bagaimanapun, bapa kepada enam cahaya mata ini menyedari bahawa sikap itu sebenarnya menjadi penghalang rezeki dalam kehidupannya.
Kata Aliff, sikap suami terhadap isteri memainkan peranan besar dalam menentukan keberkatan sesebuah rumah tangga.
Dulu saya kedekut dengan isteri saya. Saya beri duit dekat dia hanya cukup-cukup saja.
Jadi bila kita kedekut dengan isteri sebenarnya rezeki pun tertutup.
Dalam pada itu, Aliff turut menitipkan pesanan buat para suami agar tidak membeza-bezakan antara ibu kandung dan ibu mentua dalam berkongsi rezeki.
Tips untuk kita murah rezeki sebenarnya jangan kedekut, walaupun ada mak mentua.
Kadang-kadang kita ni dengan ibu sendiri kita beri duit tapi dengan mak mentua kedekut.
Tapi kalau saya, tak kisahlah mak atau bapa mentua saya beri saja.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] ‘Dulu Saya Kedekut Dengan Isteri, Hanya Beri Duit Cukup-Cukup Saja’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.





