32.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ULASAN | Lantik semula Azam: Anwar pun anggap manifesto bukan kitab suci?

    Shopee Sale

    ULASAN | Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengecam keras pelantikan semula Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kali ketiga.

    Bersih menegaskan bahawa pelantikan semula Azam Baki bercanggah dengan janji reformasi institusi yang telah termaktub dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Setiap penyambungan kontrak Azam Baki tidak pernah melalui Jawatankuasa Parlimen yang sepatutnya meneliti lantikan-lantikan ini.

    Kedua-dua gabungan parti politik tersebut sebelum ini telah menjanjikan untuk memastikan lantikan bagi institusi utama seperti SPRM dibuat menerusi Jawatankuasa Parlimen yang bertanggungjawab untuk mencadangkan dan menyemak cadangan nama -nama calon untuk diketengahkan.

    Dalam masa sama, perkara tersebut turut termaktub dalam Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 yang diangkat oleh kerajaan Madani.

    Adakah komitmen yang telah dizahirkan di dalam peranancangan sehingga peringkat negara hanya semata retorik kosong? Adakah Anwar Ibrahim berperanangai serupa seperti perdana menteri sebelum beliau iaitu Dr Mahathir Mohamad yang beranggapan manifesto bukan kitab suci dan dengan itu boleh dilanggar semahunya?

    MENARIK:  TMJ tegur Liga-M: Stadium teruk, gaji tertunggak

    Kredibiliti SPRM saban hari menjadi persoalan susulan pengendalian skandal rasuah di Sabah yang masih gagal untuk diselesaikan. Jika dikira bagaimana reaksi sepele Azam apabila dipanggil oleh Jawatankuasa Parlimen dalam isu pemilikan saham beliau, jelas bahawa beliau tidak menghormati Parlimen sebagai badan semak imbang.

    Reformasi struktural

    Bersih turut mengulangi gesaan supaya reformasi struktural dilakukan segera ke atas SPRM bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan tersebut menerusi sistem yang kukuh dengan mengangkat kebebasan dan akauntabiliti SPRM.

    Gesaan tersebut telah dibuat menerusi pelancaran Kajian Komprehensif Reformasi SPRM bertarikh 18 Julai 2024.

    Ini kerana struktur SPRM sedia ada mempunyai banyak kelemahan dan kelompongan, terutama apabila diuji sewaktu negara dilanda skandal rasuah terbesar 1MDB, memberi justifikasi perlu Reformasi SPRM bagi memastikan kelompongan yang terzahir dapat ditangani dengan berkesan.

    Pelantikan Azam Baki bukti tiada road map kukuh kerajaan Madani untuk agenda reformasi.


    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah