32.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Nilai Orang Bersalin Normal Atau Czer, Semuanya Sakit..Hargai Setiap Kelahiran’ – Ozlynn Waty

    Shopee Sale

    Pelakon, Ozlynn Waty berkongsi bahawa setiap pengalaman melahirkan anak mempunyai cabaran dan kesakitan yang berbeza, sama ada secara normal atau melalui pembedahan (Czer).

    Artikel Berkaitan: ‘Baju Ikut Bentuk Tubuh Saya Tak Akan Jual Semula, Takut Jadi Saham Akhirat’ – Ozlynn Wati

    Artikel Berkaitan: ‘Miskin Aku Dulu Sampai Pakai Baju Tak Cukup Kain’ – Ozlynn Waty

    Bersalin normal atau czer, tetap sakit

    Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu berkongsi pengalaman berdepan situasi yang memperlekehkan ibu melahirkan anak secara pembedahan (czer) dan menganggap kelahiran normal sebagai pengorbanan yang lebih besar.

    ‘Tak best lah beranak czer, tak rasa peluang betul-betul jadi seorang ibu. Semua anak saya bersalin normal.’

    Saya: Oh lemah lah kau! Aku kena toreh tujuh lapisan kulit, lemak dan daging demi pengorbanan menjadi seorang ibu, kau setakat luka luar je jahit selapis, tak ada beza la dengan jahit budak-budak jatuh basikal. Belum kental lah pengorbanan kau.

    Hantaran tersebut menarik perhatian pemilik nama Rozlinawaty Ismail, 45, yang berpandangan bahawa kesakitan ketika proses kelahiran normal sukar digambarkan, lebih-lebih lagi apabila terpaksa menahan kontraksi dan menjalani pemeriksaan bukaan oleh doktor.

    Saya ada 6 orang anak, ada yang czer dan normal.

    Cerita tentang normal contractions punya sakit tak tahu nak describe macam mana, doktor datang korek nak tengok bukaan, sakit sampai jahit pun tak rasa!

    Tambah Ozlynn, bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan (Czer), mereka perlu menanggung kesakitan selepas kesan bius hilang serta menjalani tempoh pemulihan yang lebih mencabar.

    Bersalin czer pula sakit tapi tak sakit macam bersalin normal.

    Nak jaga lepas czer, sakit datang selepas habis bius.

    Proses berpantang pula, jaga yang bersalin normal lagi senang dari yang bersalin czer.

    Ada pros and cons setiap cara bersalin.

    Dalam pada itu, aktres filem Libang Libu, berharap agar masyarakat tidak lagi membandingkan kaedah kelahiran normal dan pembedahan (Czer) kerana setiap ibu tetap berdepan kesakitan serta cabaran yang tersendiri.

    Jadi jangan nilai orang bersalin normal atau czer, semuanya memang sakit!

    Lahir setiap anak pun lain-lain ujiannya.

    Ada yang tengah meneran, doktor suruh berhenti sebab tali pusat baby dah terbelit.

    Jangan bandingkan cara melahirkan

    Dalam hantaran berikutnya, Ozlynn turut menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya menghargai setiap pengalaman kelahiran dan tidak menyakiti hati mana-mana golongan ibu.

    Untuk saya, hargai saja setiap kelahiran, jangan sakiti hati setiap ibu.

    Masing-masing ada ujian nak melahirkan anak, semua ada struggle sendiri ya!

    Bersalin normal atau pun czer, tetap sakit dan perlu lalui setiap fasa.

    Dalam masa sama, dia mengakui bahawa proses penjagaan selepas bersalin secara pembedahan mengambil masa lebih lama untuk pulih sepenuhnya, termasuk mendapatkan semula bentuk badan asal.

    Bersalin czer untuk aku nak jaga dan nak dapat semula perut yang slim hampir setahun.

    Sedangkan kalau bersalin secara normal, hanya tiga bulan perut dah kempis.

    Apa pun, saya nak ucap tahniah untuk semua ibu.

    Yang masih ttc, saya doakan semoga Allah bagi nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Individu Berniaga Roti John Bersama Dua Anak, Netizen Sifatkan Sebagai ‘Papazola’ Sebenar

    The post ‘Jangan Nilai Orang Bersalin Normal Atau Czer, Semuanya Sakit..Hargai Setiap Kelahiran’ – Ozlynn Waty first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah