32.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perjanjian ART: Anwar, k’jaan fail permohonan batal saman 5 ahli parlimen PN

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan Malaysia memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula lima anggota parlimen pembangkang berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS).

    Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali memaklumkan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi pada pengurusan kes di hadapan Hakim Azizan Md Arshad.

    Sementara itu, seorang daripada peguam mewakili plaintif, P Waythamoorty memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya turut memfailkan satu permohonan bagi merujuk persoalan Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan ART.

    Mahkamah kemudian menetapkan 8 Okt depan untuk pendengaran kedua-dua permohonan itu.

    Pada 20 Feb lepas, Mahkamah Agung AS memutuskan penggunaan kuasa darurat oleh Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif timbal balas terhadap hampir semua rakan dagangan AS adalah tidak berpelembagaan.

    MENARIK:  Puad: PN takut Bersatu, PAS berpecah jika kalah Mahkota

    Selain mengekalkan keputusan mahkamah rendah, mahkamah tertinggi itu memutuskan Trump bertindak melampaui kuasa presidennya apabila dia menggunakan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977 (IEEPA) untuk mengenakan tarif global secara meluas serta duti berkaitan fentanil yang dikenakan ke atas barangan dari China, Kanada dan Mexico.

    Malaysia dan AS memeterai ART pada 26 Okt 2025.

    Lima anggota parlimen Perikatan Nasional yang memfailkan saman berkenaan ialah Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Fathul Huzir Ayob (Gerik), Awang Solahuddin Hashim (Pendang), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan Abdul Khalid Abdullah (Rompin).

    Mereka memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan penting mengenai kesahan perjanjian itu, yang didakwa ditandatangani tanpa kelulusan Parlimen yang sewajarnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah