25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP kritik Hadi dakwa media 'perbesar' kes salah laku di sekolah agama

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mengkritik Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa media digunakan untuk membesar-besarkan berita berkenaan kes salah laku di sekolah agama untuk memburukkan Islam.

    Menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak wajar, Lim mempersoalkan jika PAS membenarkan kes jenayah seperti itu tidak dilaporkan ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan.

    "Kebanyakan media di Malaysia hanya menjalankan tugas sebagai kuasa keempat untuk menyediakan maklumat yang dipercayai oleh rakyat.

    "Selain itu, pendedahan jenayah oleh pihak media boleh menghalang lebih ramai orang, terutamanya kanak-kanak, daripada menjadi mangsa (jenayah)," kata ahli parlimen DAP itu dalam kenyataan hari ini.

    Selasa lalu, Hadi mendakwa media sering digunakan oleh "seteru" untuk mencemarkan Islam dengan memperbesarkan kelemahan tokoh atau agamawan apabila mereka "terjerumus dalam kesalahan moral atau jenayah".

    "Sekiranya terdapat berita dari sekolah agama, pondok, sekolah tahfiz ataupun seorang ustaz, imam, orang yang berkopiah, apa lagi mereka yang berjubah, ada yang sengaja diletakkan kopiah atau jubahnya, atau dipakaikan jilbab wanitanya.

    MENARIK:  Himpunan anti-Anwar: Nak protes depan kucing saya pun boleh, kata Rafizi

    "Keadaan ini laksana peribahasa, seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit," katanya.

    Lim kemudian mempersoal jika PAS - ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan PN sebelum ini - menghalang media daripada melaporkan "hal-hal ang benar walaupun pahit".

    "Adakah Hadi dan PAS telah melindungi dan membenarkan pelaku tersebut, sama ada mereka ada gelaran agama atau tidak, dan membenarkan mereka meneruskan aktiviti jenayah mereka?" soalnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah