25.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mohd Sukki mufti baru Pulau Pinang

    Shopee Sale

    Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman dilantik menggantikan Wan Salim Wan Mohd Noor sebagai mufti Pulau Pinang yang baru.

    Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang pada hantaran di media sosial mengumumkan pelantikan Mohd Sukki berkuat kuasa hari ini.

    Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohamad Abdul Hamid mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.

    "Beliau adalah anak jati Pulau Pinang dalam bidang Bahasa Arab dan Shariah dari Universiti Yarmouk, Jordan, Sarjana Pengajian Islam (UKM) dan Doktor Falsafah dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

    "Dengan pengalaman dan pengetahuan yang luas, saya berkeyakinan mufti baru ini dapat menjalankan amanah ini dengan cemerlang memimpin dan mentadbir Jabatan Mufti, Pulau Pinang dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang," katanya pada satu kenyataan hari ini.

    MENARIK:  ULASAN | PKR ada tiga tahun sebelum Anwar terima nasib Sunak

    Mohd Sukki profesor madya di Unit Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dipinjamkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjadi mufti Pulau Pinang.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah