26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Meta siarkan kembali berita PM jumpa Hamas di Facebook

    Shopee Sale

    Meta telah memulihkan hantaran di Facebook daripada media tempatan yang melaporkan pertemuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan pemimpin politik Hamas Ismail Haniyeh.

    "Dua hantaran telah diturunkan secara silap dan kini telah dipulihkan," lapor Reuters memetik kenyataan jurucakap Meta dalam e-mel kepada portal itu.

    Fahmi Fadzil

    Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil membidas Meta kerana menurunkan hantaran di media sosial mengenai pertemuan Anwar dengan delegasi Hamas, yang diketuai Ismail, di Qatar pada Isnin lalu.

    Fahmi, yang juga jurucakap kerajaan, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menghantar surat kepada Meta untuk meminta penjelasannya tentang apa yang berlaku dan menyusulinya dengan suratnya sendiri.

    Hantaran di Facebook yang diturunkan adalah daripada Malaysiakini dan Sinar Harian.

    Alasan yang diberikan kepada Malaysiakini ialah hantaran itu bertentangan dengan piawaian masyarakat mengenai individu dan organisasi berbahaya. Hantaran tersebut, bagaimanapun, dipulihkan sekitar petang semalam.

    Sebelum ini, akaun Facebook, satu lagi portal berita, Malaysia Gazette, telah dipadamkan selepas ia menyiarkan tentang Palestin bulan lalu. Portal itu terpaksa membuka akaun baharu.

    MENARIK:  Mesyuarat menteri, majlis antara agama isu penempatan pegawai Jakim ditangguh

    Sebelum ini, Meta telah menurunkan hantaran daripada akaun media sosial rasmi Anwar mengenai ucapan perdana menteri pada perhimpunan Solidariti dengan Palestin di Stadium Axiata Arena pada Oktober tahun lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah