26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasangan ditahan disyaki gugur janin cara paksa, sembunyi kelahiran

    Shopee Sale

    Polis menahan lelaki dan teman wanitanya yang berusia 17 tahun kerana disyaki menyembunyikan kelahiran dan menggugurkan janin berusia 22 minggu secara paksa.

    Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kes itu terbongkar selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Melaka berkaitan seorang remaja perempuan dalam keadaan berlumuran darah datang ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan kira-kira 6.50 petang, 25 April lepas.

    Beliau berkata remaja perempuan terbabit dipercayai memakan pil untuk menggugurkan kandungannya sebelum berlaku pendarahan kerana uri tidak berjaya dikeluarkan.

    "Remaja perempuan itu telah menyatakan bahawa janin yang keluar tidak bernyawa dan telah ditanam oleh teman lelakinya berusia 18 tahun di lokasi yang tidak diketahui.

    "Susulan kejadian itu, polis telah menahan teman lelakinya kira-kira 11.40 malam pada 25 April, manakala remaja perempuan itu ditahan pada 3.15 petang, semalam selepas keluar dari hospital," katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini.

    MENARIK:  Pemuda Umno tolak sertai himpunan anti-PSB anjuran PAS

    Beliau berkata kedua-dua suspek terbabit tiada rekod jenayah lampau dan saringan urin yang dilakukan terhadap mereka adalah negatif.

    Katanya, siasatan mendapati suspek lelaki tersebut telah merancang bersama-sama teman wanitanya itu untuk menggugurkan bayi dengan menggunakan pil gugur kandungan.

    Dzulkhairi berkata lelaki terbabit telah mengambil janin berkenaan di rumah remaja perempuan itu dan merancang menanamnya di belakang rumahnya, bagaimanapun dia menyembunyikan janin itu terlebih dahulu di dalam kereta Honda City di rumahnya.

    "Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

    "Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan telah mendapat arahan untuk menuduh suspek lelaki di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, manakala suspek perempuan dituduh di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan di Mahkamah Ayer Keroh pada Jumaat ini," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah