24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PH, BN bincang kemelut Negeri Sembian petang ini

    Shopee Sale

    Pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pertemuan hari ini bagi membincangkan pelbagai isu semasa termasuk kemelut politik di Negeri Sembilan.

    Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mesyuarat itu akan berlangsung di Putrajaya selepas beberapa siri mesyuarat dalaman PH selesai diadakan.

    "Kami akan adakan mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan yang dipengerusikan oleh Presiden parti (Datuk Seri Anwar Ibrahim)... selesai sahaja (mesyuarat itu), kami akan adakan mesyuarat Majlis Presiden PH.

    “Kemudian kami akan mengadakan pertemuan antara pimpinan PH dan BN petang ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 di Sepang hari ini.

    Gambar fail, pertemuan pemimpin PH-BN.

    Saifuddin Nasution, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata mesyuarat antara kedua-dua gabungan itu sering diadakan namun pertemuan hari ini disifatkan beliau sebagai agak menarik perhatian susulan kemelut di Negeri Sembilan.

    MENARIK:  Zambry: PN kena terima hakikat, bukan cipta alasan kalah

    Pada 27 April lepas, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri BN Negeri Sembilan mengumumkan telah hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun susulan krisis membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri itu.

    Krisis adat di Negeri Sembilan mula timbul susulan tindakan seorang Undang Luak yang dilaporkan mengisytihar menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah