Lompat kerja atau job hopping semakin menjadi kebiasaan dalam kalangan pekerja masa kini, khususnya generasi muda.
Jika dahulu seseorang cenderung kekal lama di satu organisasi demi kestabilan, kini ramai memilih untuk bertukar kerja dalam tempoh singkat bagi mencari peluang yang lebih baik.
Artikel Berkaitan: Cara Kreatif Pemuda Ini ‘Cari Kerja’ Tarik Perhatian Ramai, Lain Dari Yang Lain!
Artikel Berkaitan: Dipanggil Temuduga Secara Online? Ini Antara Tips Temuduga Berkesan Anda Kena Tahu
Tips lompat kerja

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan para pekerja memilih untuk tidak lagi kekal lama di syarikat mereka. Antaranya seperti gaji, persekitaran kerja, kesimbangan hidup dan perkembangan kerjaya.
Di dalam dunia yang semakin kompetitif, lompat kerja bukan lagi dilihat sebagai sesuatu yang negatif, sebaliknya boleh menjadi salah satu strategi untuk meningkatkan kemahiran dan memperluas pengalaman.
Bagaimanapun, tindakan ini tetap mempunyai risiko tersendiri sekiranya tidak membuat persediaan yang baik.
Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dilakukan bagi mereka yang merancang untuk mencari pekerjaan baharu.
1.Resume
Antara yang utama adalah menyediakan resume yang kemas, ringkas dan profesional. Pemilihan warna yang neutral serta susun atur yang jelas dapat memberikan tanggapan pertama yang baik kepada majikan.
2.Pengalaman yang cukup
Pastikan anda telah mengumpul pengalaman yang mencukupi sebelum membuat keputusan untuk berpindah. Pengalaman ini bukan sahaja dari segi tempoh bekerja, tetapi juga kemahiran serta pencapaian yang boleh memberi nilai tambah kepada kerjaya anda.
3.Pencapaian terbaik
Sediakan bukti prestasi anda di sepanjang berada di syarikat lama. Ini termasuk rekod pencapaian, projek yang berjaya disiapkan, serta sebarang pengiktirafan yang pernah diterima. Bukti-bukti ini mampu menguatkan kredibiliti anda di mata bakal majikan.
4.Dapatkan tawaran terlebih dahulu
Dalam membuat keputusan untuk lompat kerja, perancangan yang teliti amat penting bagi mengelakkan risiko yang tidak diingini. Antaranya, elakkan untuk meletakkan jawatan sebelum memperoleh tawaran kerja baharu. Langkah ini penting bagi memastikan kestabilan kewangan dan memberi anda masa untuk membuat pilihan yang lebih tepat.
5.Buat penyelidikan
Di samping itu, lakukan penyelidikan mendalam terhadap syarikat yang ingin disertai. Fahami budaya kerja, peluang perkembangan kerjaya serta tahap kestabilan organisasi tersebut agar anda tidak tersalah langkah dalam membuat keputusan.
6. Jaringan profesional
Kekalkan hubungan dengan kenalan dalam industri dan jangan teragak-agak untuk mendapatkan pandangan atau nasihat daripada mereka. Sokongan daripada mereka boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak serta membuka lebih banyak peluang kerjaya.
Sumber: Mau Kerja & Jobje Asia
The post Elak Risiko & Maksimum Peluang Anda, Ikuti Tips ‘Lompat Kerja’ Ini Sebelum Tukar Kerjaya first appeared on OHBULAN!.





