24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tebus Kecewa Buat Peminat! Konsert Wali Band Kembali Lebih ‘Power’, Penuh Air Mata & Jiwa

    Shopee Sale

    Malam 1 Mei 2026 menjadi saksi apabila Konsert Wali Band Kembali berjaya menghimpunkan hampir 12,000 peminat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dalam sebuah persembahan yang bukan sekadar menghibur, tapi menyentuh jiwa.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kecoh! Konsert Pentas RadjaWali Terpaksa Dihentikan, Peminat Kecewa Tak Dapat Dengar Lagu Hits Wali Band

    Tebus kecewa peminat

    Walaupun hujan lebat melanda ibu kota sebelum konsert bermula, itu langsung tidak mematahkan semangat para peminat yang sudah berkumpul seawal jam 4 petang.

    Tepat sekitar 8.45 malam, suasana bertukar gemuruh sebaik sahaja Wali Band membuka tirai persembahan dengan sorakan yang tidak pernah surut sehingga konsert melabuhkan tirai sekitar jam 10.30 malam.

    Tiga bulan lalu, peminat dikecewakan apabila persembahan mereka terpaksa dihentikan akibat masalah teknikal dalam sebuah konsert.

    Namun, pada malam itu segalanya terbayar lunas! Wali Band tampil dengan energi luar biasa, seolah-olah mahu menebus setiap detik yang ‘tergantung’ sebelum ini.

    Barisan anggota yang terdiri daripada Faank, Apoy, Tomi dan Ovie tampil cukup bertenaga. Malah, satu momen mencuri perhatian apabila Apoy ‘menggoreng’ gitar selama hampir tiga minit tanpa henti.

    Momen ‘Magical’, Dakwah

    Lebih menarik, lagu Emang Dasar diberi nafas baharu dengan sentuhan EDM yang segar, sekali gus membuatkan penonton terus ‘naik’ dan tidak duduk diam.

    Sepanjang malam tersebut, stadium bertukar menjadi lautan manusia yang menyanyi dan menari bersama menerusi deretan lagu hit seperti Cari Jodoh, Baik-Baik Sayang, Aku Bukan Bang Toyib, Tobat Maksiat, Yank dan banyak lagi.

    Antara lagu lain yang turut dipersembahkan termasuk Kekasih Halal, Cari Berkah, Si Udin Bertanya, Nenekku Pahlawanku, Harga Diri, D.I.K dan Abatasa.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Arwah Akiko Dahulu Bersungguh Cari Ustazah Untuk Ajar Sky Tanamkan Rasa Cinta Pada Al-Quran’ – Ridzokumura 

    Salah satu detik paling menyentuh perasaan adalah ketika lagu Doaku Untukmu Sayang dimainkan. Ribuan penonton membuka lampu telefon masing-masing, menjadikan seluruh stadium bercahaya indah, pemandangan yang ‘magical’.

    Tidak hanya itu, tayangan klip perjalanan karier Wali Band dari awal hingga kini turut dipaparkan, mengimbau nostalgia dan perjalanan panjang mereka dalam industri muzik.

    Apa yang membezakan konsert ini adalah elemen spiritual yang dibawa. Wali Band tidak sekadar menghibur, malah menyelitkan zikir, doa dan bacaan al-Fatihah buat para peminat.

    Mereka turut mengajak penonton mendoakan kesejahteraan saudara di Palestin, dengan laungan solidariti “Merdekakan Palestin!” bergema di seluruh stadium.

    Pendekatan ini jelas mencerminkan identiti Wali Band yang terkenal dengan konsep dakwah hiburan, menyampaikan mesej kasih sayang, kebaikan dan peringatan untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan.

    Penutup Penuh Makna

    Konsert ditutup dengan suasana yang cukup syahdu apabila seluruh stadium berselawat dan mengalunkan bacaan surah al-Baqarah, satu penamat yang sangat berbeza daripada konsert biasa, namun penuh makna.

    Secara keseluruhan, Konsert Wali Band Kembali bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah pengalaman emosi yang lengkap daripada kegembiraan, nostalgia, hingga keinsafan.

    Ini membuktikan bahawa kekuatan Wali Band bukan hanya pada melodi yang ‘catchy’, tetapi juga pada mesej yang menyentuh hati. Malam itu, Bukit Jalil bukan sekadar bergema dengan muzik tetapi juga dengan rasa cinta, syukur dan harapan.

    The post Tebus Kecewa Buat Peminat! Konsert Wali Band Kembali Lebih ‘Power’, Penuh Air Mata & Jiwa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah