25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Haqiem Stopa Dakwa Sukar Bertemu Anak – ‘Aku Tahu Silap, Tapi Nak Jumpa Darah Daging’ 

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Haqiem Stopa meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa sukar untuk berjumpa dengan anaknya lelakinya, Hud selepas bercerai dengan bekas isteri, Aireena Sofia.

    Artikel Berkaitan: ‘Cukup Saya Sudah Sehelai Sepinggang, Boxer Pun Beli Pakai Pay Later’ – Haqiem Stopa

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Orang Tanya Macam Mana Keadaan Sekarang…Saya Sunyi’ – Haqiem Stopa Akui Khilaf Sendiri Dalam Perkahwinan

    Tak dapat jumpa anak?

    Menerusi perkongsian di Threads, Haqiem atau nama lengkapnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, mengakui kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

    Namun, Haqiem kesal apabila emosi masih menjadi punca pertelingkahan antara mereka sehingga menjejaskan hubungan dengan anak.

    Kalau hal-hal lain mungkin aku okay sahaja nak cakap apa pun, tapi kalau bab anak aku rasa tak mampu aku nak tahan.

    Tak kejam pun jika tak maafkan silap aku yang lalu.

    Aku tahu aku silap, tapi aku nak jumpa anak yang darah daging aku.

    Aku nak tengok dia setiap hari. Yang sakit bila ada gaduh aku mesti tak dapat jumpa anak.

    Setiap kali awak rasa nak marah, saya mesti tak dapat jumpa anak. Saya pun tak tahu apa salah saya.

    Dalam masa yang sama, Haqiem juga telah mencuba untuk mengikuti setiap syarat dan cuba menyesuaikan diri dengan jadual padat bekas isterinya itu.

    Sampai saya penat, setiap kali posting awak orang asyik salahkan saya.

    Apa cara awak semua saya ikut. Letak syarat seminggu dua kali, dua jam sekali jumpa.

    Itu pun saya tak dapat sebab awak sibuk kerja, jadi saya kena ikut masa awak. Itu pun saya okay tapi masih dipersalahkan.

    Cuma nak tanya, benda ini sampai bila?

    Terdahulu Haqiem dan Aireena sah bercerai talak satu pada 13 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

    MENARIK:  Seminggu Hilang, Mayat Ketua Daerah Ditemui Tergantung Pada Pokok

    Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

    Sumber: Threads

    The post Haqiem Stopa Dakwa Sukar Bertemu Anak – ‘Aku Tahu Silap, Tapi Nak Jumpa Darah Daging’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah