24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump: Perang dengan Iran mungkin berterusan 3 minggu lagi

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata bahawa peranang dengan Iran boleh berlanjutan untuk tempoh dua atau tiga minggu lagi, lapor Agensi Anadolu.

    “Masa bukan penghalang bagi kami,” kata Trump dalam satu temu bual telefon dengan penyampai radio Hugh Hewitt, selain enggan menyatakan sama ada gencatan senjata dengan Iran telah berakhir susulan laporan mengenai serangan Iran ke arah Emiriah Arab Bersatu.

    Ketika ditanya sama ada perkembangan pada Isnin menandakan konflik kembali memuncak, Trump berkata: “Dalam apa jua keadaan, kita akan menang.”

    "Sama ada kita capai perjanjian yang tepat, atau kita menang dengan sangat mudah," katanya. "Dari sudut ketenteraan, kita sudah pun memenanginya. Anda tahu, anda pernah dengar saya katakan berkali-kali, dan orang lain juga berkata: Mereka mempunyai 159 kapal, Hugh. Sekarang, mereka tidak mempunyai apa-apa. Semuanya berada di dasar laut."

    Beliau menambah bahawa AS pada Isnin telah "memusnahkan" lapan bot kecil dan laju yang dilengkapi mesingan. “Kita akan lihat apa yang berlaku,” katanya.

    MENARIK:  12 Adun GRS ‘berontak’ - Tak puas hati lepas barisan kabinet dibentuk

    Trump juga menyatakan bahawa AS mempunyai “kawalan” ke atas Selat Hormuz, sambil memberi amaran tentang potensi risiko terhadap trafik maritim.

    “Satu perkara yang anda tidak boleh halang ialah jika seseorang mahu meletakkan periuk api kecil ... dan anda kebetulan memiliki kapal bernilai berbilion dolar,” katanya. “Saya tidak pasti anda akan berasa teruja untuk melayarkannya.”

    Beliau turut mendakwa rakyat Iran “sedang mendapatkan senjata” untuk menentang kerajaan di Tehran, sambil menambah bahawa “sebaik sahaja mereka mempunyai senjata, mereka akan berjuang sama hebat dengan sesiapa sahaja.”

    Ketegangan serantau memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Feb, yang mencetuskan tindak balas daripada Tehran terhadap Israel serta sekutu AS di Teluk, selain gangguan di Selat Hormuz.

    Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April melalui pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian yang berkekalan, dengan tempoh gencatan itu kemudiannya dilanjutkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah