29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan’

    Shopee Sale

    Kementerian Komunikasi menegaskan bahawa Menara Kuala Lumpur (Menara KL) adalah milik kerajaan dan pengambilalihan konsesi hanya melibatkan perubahan pengurusan serta operasi yang telah dilaksanakan melalui notis pelawaan cadangan (RFP).

    Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan RFP ialah suatu tender terbuka bagi projek kerjasama awam swasta (PPP)) selaras dengan keputusan Jemaah Menteri.

    “Bagi maksud tersebut, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM) telah melaksanakan proses RFP dan seterusnya Jemaah Menteri telah memperakukan pembida berjaya berdasarkan penilaian ke atas RFP tersebut.

    "Pembida berjaya ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada 29 Mei 2024,” menurut kenyataan itu.

    Menurut kenyataan itu, Kementerian Komunikasi sedang meneliti perkembangan terkini susulan isu pengambilalihan konsesi Menara KL yang dibuat menurut perjanjian konsesi yang telah ditandatangani oleh kerajaan.

    MENARIK:  Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini

    Selain itu, ia menyatakan kementerian mengambil maklum akan writ saman dan permohonan injunksi yang telah difailkan oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) lanjutan daripada pelantikan syarikat konsesi baharu ini.

    “Oleh itu, pihak kerajaan melalui kementerian ini akan memastikan bahawa apa-apa tindakan yang akan diambil kelak adalah selaras dengan proses undang-undang.

    “Sehubungan itu, pihak kementerian memohon agar semua pihak dapat memberikan ruang kepada proses perundangan ini berjalan dengan lancar,” katanya.

    Pada masa sama, semua pihak terlibat termasuk orang ramai dinasihat agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengambil tindakan yang boleh mengganggu proses perundangan yang sedang berjalan.

    “Kementerian Komunikasi kekal komited terhadap tatakelola yang baik dan akan memastikan perkara ini ditangani dengan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah