29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BN, Umno mahu PRU16 lebih awal demi mandat baharu

    Shopee Sale

    Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan komitmen gabungan itu sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal.

    Dia yang juga presiden Umno berkata hal ini bagi membolehkan kerajaan Persekutuan memperoleh mandat baharu daripada pengundi.

    "Pada hemat saya, kalau pilihan raya umum diadakan lebih awal, itu lebih baik. Jadi, mandat rakyat dapat kita peroleh.

    "Tetapi andainya jika penggal ini sehingga penghujung tempoh atau jeda waktunya, maka kita juga bersedia menghadapinya," katanya yang dipetik Berita Harian dalam temu bual eksklusif bersama wartawan Media Prima Berhad (MPB) di Kuala Lumpur.

    Tambahnya, bahawa BN harus mempersiapkan dalam jeda waktu yang tersisa ini, untuk terus menyantuni permasalahan rakyat, dalam usaha menjadikan Umno dan BN itu relevan dengan geopolitik semasa.

    Kenyataan itu susulan saranan Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said yang menggesa kerajaan Persekutuan — yang BN dan PH adalah sekutu — menggunakan baki penggal parlimen untuk menunaikan janji pilihan raya, dan bukannya memberi tumpuan kepada perbezaan politik di peringkat negeri.

    Kenyataannya dibuat selepas BN memilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor secara bersendirian tanpa PH sebelum kemudiannya membentuk pakatan dengan gabungan pembangkang Persekutuan, Perikatan Nasional di Negeri Sembilan.

    Azalina Othman Said

    Kemenangan BN dalam PRN baru-baru ini mencetuskan spekulasi bahawa gabungan itu akan mendesak menuntut PRU tergempar diadakan.

    MENARIK:  Rasuah Sabah: LFL akan serah video belum diedit pada SPRM

    Bagaimanapun, anggota parlimen PKR Pasir Gudang Hassan Abdul Karim memberi amaran bahawa parti itu berdepan risiko "mati mengejut" dengan kekalahan jika meneruskan PRU16 lebih awal.

    Ahmad Zahid kekal berkecuali apabila ditanya jika PH atau PN bakal menjadi rakan kongsi yang lebih baik untuk BN.

    "Kita sanggup untuk pergi solo kerana landskap politik di Johor mengkehendaki begitu, tetapi di Negeri Sembilan, kita merasakan manfaat itu lebih baik kalau kita bersama dengan mana-mana parti gabungan.

    Kita lihat apakah mudaratnya kalau kita bersama atau tidak bersama dengan parti gabungan lain,” katanya.

    Ditanya sama ada pandangan akar umbi dinilai dalam langkah membina kerjasama dengan gabungan parti lain, Ahmad Zahid menjelaskan dan mengakui akar umbi ketika ini mahukan supaya perpaduan di kalangan orang Melayu itu dilakukan.

    "Justeru, kita menjadikan itu sebagai keutamaan untuk kita melakukan sesuatu (kerjasama rentas gabungan parti) bagi mewarnai masa depan politik kita.

    "Namun, kita juga harus mengakui hakikat kemajmukan di negara kita harus dijadikan sebagai landasan untuk kita melalui liku-liku politik yang semakin kompleks untuk dekad yang mendatang," katanya.

    Selepas PRN Negeri Sembilan yang menyaksikan BN-PN menguasai dua pertiga majoriti DUN, Ahmad Zahid memberi isyarat bahawa gabungannya terbuka untuk rundingan pengagihan kerusi bagi PRN Melaka akan datang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah