29 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini

    Shopee Sale

    Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang daripada 102 keluarga setakat 8 pagi ini yang masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid.

    Berdasarkan kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, sebanyak enam kampung masih terjejas banjir di kawasan pedalaman Sabah itu.

    "Sebanyak 42 orang daripada 14 keluarga berada di Balai Raya Maau Kampung Kiabau dan 89 orang daripada 23 keluarga di Dewan Kampung Rancangan Nangoh," menurut kenyataan itu hari ini.

    MENARIK:  Bicara kes salah guna kuasa, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula esok

    Dewan Kampung Bambangan pula menempatkan 92 orang daripada 24 keluarga, Masjid Lama Kampung Gana Jati (115 orang daripada 40 keluarga) dan Masjid Kampung Tembidong-Bidong (dua orang daripada satu keluarga).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah