28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Masalah teknikal: Pesawat MH156 bawa jemaah umrah patah balik

    Shopee Sale

    Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat Malaysia Airlines MH156 yang dalam perjalanan ke Jeddah telah berpatah balik ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud ketika dihubungi Bernama berkata pesawat tersebut yang membawa lebih 250 jemaah umrah, dipercayai berpatah balik disebabkan masalah teknikal.

    “Pihak syarikat telah memberikan laporan awal kepada CAAM, maklumat terperinci mengenai insiden ini kena tunggu siasatan penuh.

    “Ini hanya sebagai langkah berjaga-jaga disebabkan isu teknikal, mereka memutuskan untuk tidak meneruskan penerbangan,” katanya.

    Beliau turut mengesahkan semua anak kapal dan penumpang dalam pesawat itu berada dalam keadaan selamat.

    Terdahulu, media melaporkan sebuah pesawat Malaysia Airlines yang membawa 259 jemaah daripada dua agensi untuk menunaikan umrah, terpaksa berpatah balik selepas hampir dua jam berlepas dari KLIA.

    MENARIK:  Pasukan Mercy terperangkap di Rafah: K'jaan Malaysia usaha bawa keluar

    Berdasarkan maklumat dipaparkan laman web http://www.Flightaware.com, penerbangan MH156 itu berlepas dari KLIA pada pukul 3.13 petang dan selamat mendarat pada pukul 4.56 petang.

    Setakat 8.50 malam, MAS masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah