34 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Feeya Iskandar Berang, Dakwa Ibu Bapa Sindir Fizikal Adam Ketika Perlawanan Bola Sepak – ‘Dia Kata Keeper Besar, Anaknya Mungkin Takut’

    Shopee Sale

    Penyampai radio, Feeya Iskandar meluahkan rasa kesal apabila fizikal anak lelakinya menjadi bahan perbualan dan sindiran.

    Artikel Berkaitan: Feeya Iskandar Pertahankan Diri, Diperlekeh Murahan Gara-Gara Gigih Bekerja – ‘Alhamdulillah, Senyum Tengok KWSP’

    Artikel Berkaitan: Feeya Iskandar ‘Naik Angin’ Individu Tak Bayar Katering Suami – ‘Kau Ingat Katering Laki Aku Tu Modal Guna Air Liur?’

    Feeya pertahankan anak

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Feeya atau nama lengkapnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, berkongsi situasi ketika menonton perlawanan bola sepak yang disertai anaknya, Adam di sekolah baru-baru ini.

    Menurut Feeya, Adam yang merupakan penjaga gol pasukan telah berjaya menyelamatkan bola dari pihak lawan.

    Bagaimanapun, Feeya yang turut berada di padang bola berkenaan, mendengar perbualan ibu bapa seorang kanak-kanak yang didakwa sedang memperkatakan tentang fizikal Adam.

    Sebagai mak apa yang anda rasa bila orang mengata anak anda?

    Ya, memang betul anak saya itu besar. Jadi?

    Masa tengah rakam Adam bersedia untuk penalti, selepas itu dia dapat selamatkan bola itu..ada ibu bapa pihak lawan cakap, ‘keeper itu besar (badan), anak saya mungkin takut.’

    Sebagai seorang ibu, Feeya akui berasa berang selepas mendengar perbualan itu dan kecewa dengan sikap individu tersebut.

    Saya rasa macam nak tendang bola tepat ke muka dia.

    Dia tak tahu ke masa tengah mengata tu mak keeper ni lalu sebelah dia?

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berdepan dengan situasi sama seperti Feeya dan berkongsi insiden yang pernah berlaku kepada anak-anak mereka.

    MENARIK:  Tak Hadap Publisti, Nonny Nadirah Jawab Isu Seksi & Botakkan Rambut – ‘Iman Turun Naik’

    Dalam pada itu, warganet turut memberikan kata-kata semangat kepada Adam agar dia berjaya menjadi seorang pemain bola yang handal.

    Sumber: Threads

    The post Feeya Iskandar Berang, Dakwa Ibu Bapa Sindir Fizikal Adam Ketika Perlawanan Bola Sepak – ‘Dia Kata Keeper Besar, Anaknya Mungkin Takut’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah