27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasukan Mercy terperangkap di Rafah: K'jaan Malaysia usaha bawa keluar

    Shopee Sale

    Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperanangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

    Wisma Putra berkata, ia "sedar dan amat prihatin" mengenai keselamatan pasukan perubatan Malaysia yang terdiri daripada enam anggota di Rafah, Gaza sejak 1 Mei 2024.

    Ia berkata pasukan berkenaan daripada Pasukan Perubatan Kecemasan Mercy Malaysia merupakan sebahagian daripada delegasi perubatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Rafah, Gaza.

    "Keselamatan pasukan itu adalah keutamaan utama Kerajaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

    Wisma Putra berkata kerajaan telah memulakan kerjasama erat dengan Qatar, berasaskan perbincangan baru-baru ini yang diketuai oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai usaha kemanusiaan bersama di Gaza dengan Menteri Negara untuk Kerjasama Antarabangsa Qatar, Lolwah Rashid Al-Khater.

    Selain itu, kementerian berkata ia juga bekerjasama rapat dengan Kerajaan Mesir dan Kerajaan Jordan untuk meneroka semua kemungkinan bagi pemindahan selamat pasukan itu dari zon konflik.

    "Memandangkan keadaan yang tegang dan sangat tidak menentu, adalah penting operasi penyelamatan dijalankan dengan cekap dan lancar melalui saluran diplomatik," katanya.

    MENARIK:  Jadilah anak jantan, kata Rayer pada Wan Fayhsal

    Disebabkan keadaan yang semakin meruncing di Rafah, Gaza, dan kawasan sekitarnya, Kerajaan Malaysia menggesa semua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang terlibat dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), untuk mengelak daripada pergi ke zon konflik.

    “Nasihat ini mengulangi arahan yang dikeluarkan semasa mesyuarat antara agensi dengan NGO pada 16 Okt 2023 dan 23 Jan 2024 di Wisma Putra," katanya.

    Kementerian menegaskan komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan kepulangan selamat rakyat Malaysia.

    Semua langkah yang perlu sedang diambil, dan kementerian akan terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa pasukan perubatan berkenaan pulang dengan selamat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah