Pelakon meningkat naik, Ezzanie Jasny menjadi antara salah satu nama yang disebut oleh warganet mengenai dakwaan sombong terhadap peminat.
Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Serik ‘Sangkut’ 18 Jam Dalam Kereta, Pilih Kapal Terbang Pulang Ke Kelantan
Artikel Berkaitan: ‘Si Penyamar Mengugut Nak Sihir Saya’ – Ezzanie Jasny Buat Laporan MCMC, Akui Kini Lebih Tenang
Ezzanie sombong
View on Threads
Menerusi sebuah hantaran di Threads, seorang individu bertindak melabel Ezzanie sebagai seorang pelakon yang sombong.
Tidak berdiam diri, Ezzanie atau nama lengkapnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, tampil mempertahankan diri dengan menafikan dakwaan tersebut.
Saya sombong? Selama saya dalam industri ini, tak pernah saya kata tidak bila orang ajak bergambar atau berbual dengan saya.
Menurut Ezzanie, golongan selebriti juga ialah manusia yang turut berdepan dengan pelbagai jatuh bangun kehidupan.
Saya juga manusia biasa macam kalian.
Kami mungkin lalui beberapa hari yang seperti roller coaster.
Tambah pelakon Dia Bukan Syurga ini lagi, jika karakternya berubah, berkemungkinan dia penat atau memberi tumpuaan terhadap perkara yang sedang dilakukan ketika itu.
Kadang-kadang kalau nampak saya diam atau tak banyak cakap, mungkin saya penat atau tengah fokus. Bukan sombong.
Saya sangat menghargai semua orang yang datang tegur dan menyokong saya.
Kalau ada tersalah faham, saya minta maaf.
Sumber: Threads
The post ‘Sombong? Saya Tak Pernah Kata Tidak Bila Orang Ajak Bergambar Atau Berborak’ – Ezzanie Jasny first appeared on OHBULAN!.





