Hujan tidak menghalang orang ramai untuk mula berkumpul di hadapan pusat beli belah Sogo di Kuala Lumpur petang ini bagi menyertai Himpunan Tangkap Azam Baki.
Mereka berkumpul sambil melaungkan slogan "hidup rakyat", "bangkit rakyat" dan "Azam Baki penipu”.
Ketika peserta dan pengamal media tertumpu pada kenderaan pacuan empat roda yang dijadikan pentas bergerak, timbul sedikit kekecohan apabila ada pihak membakar mercun.





