25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mangsa banjir di Sarawak meningkat, tanah runtuh ragut satu nyawa

    Shopee Sale

    Jumlah mangsa banjir di Sarawak merekodkan 1,026 orang pagi ini susulan bencana yang melanda kawasan selatan negeri berkenaan sejak malam tadi, sementara Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir.

    Di Sarawak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri itu melibatkan daerah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau dan Simunjan.

    Daerah Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 374 orang di enam PPS dan Siburan dengan 135 mangsa di dua PPS, manakala masing-masing satu PPS dibuka di Simunjan dengan 73 mangsa, Tatau (34 mangsa), Bintulu (109 mangsa) Kuching (145 mangsa) Miri (139 mangsa) dan Bau (17 mangsa).

    Dalam kejadian berasingan, seorang remaja lelaki maut manakala empat lagi individu dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri awal pagi tadi dan usaha mencari mangsa masih giat dijalankan.

    MENARIK:  Malaysia gesa pelaksanaan penuh gencatan senjata di Palestin

    Di Sabah, seramai 224 mangsa banjir direkodkan di dua daerah negeri itu setakat pagi ini.

    Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Marudu daripada jumlah itu, 127 dipindahkan ke dua PPS di daerah Kota Marudu manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat Beaufort memaklumkan 97 mangsa lagi berlindung di satu PPS di Beaufort.

    Sementara itu, paras air di Sungai Bongon dan Sungai Bandau di Kota Marudu telah melebihi paras waspada iatu 7.14 meter dan 4.93 meter setakat 11 malam tadi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah