25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Loke: RCI Tragedi 13 Mei belum dibincangkan

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menegaskan belum ada sebarangan perbincangan dibuat mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti tragedi 13 Mei.

    Dia yang juga menteri pengangkutan bagaimana pun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu ketika ditanya pendiriannya.

    “Itu belum dibincangkan lagi,” katanya ringkas pada sidang media selepas lawatan kerja ke Wisma Monorail di Kuala Lumpur, hari ini.

    Pada 18 Mei lalu Malaysiakini melaporkan sebuah kumpulan yang menyatukan keluarga mangsa tragedi 13 Mei mengulangi gesaan supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat rusuhan kaum yang mengorbankan ratusan orang pada 1969 itu.

    Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (Pesawa) berkata negara perlu mengadakan perbincangan terbuka berhubung insiden berkenaan supaya rakyat dapat melupakan persitiwa berdarah tersebut.

    "Perlu, mesti perlu. RCI ini ia boleh ambil ramai ahli akademik datang kumpul sekali, bincang. Bukan siapa-siapa sahaja boleh datang bincang hal ini," kata Pengerusi Pesawa, Tan Choon Cheng kepada Malaysiakini.

    Untuk rekod sebelum ini DAP antara pihak yang menggesa supaya RCI diwujudkan bagi menyiasat tragedi berdarah itu.

    MENARIK:  Trump sah hadir sidang kemuncak Asean di KL pada Oktober - Anwar

    Pemimpin veterannya Lim Kit Siang dilaporkan berkata, RCI itu bukan bertujuan menghukum pesalah tapi untuk bergerak ke hadapan dan memecahkan tembok perkauman yang tidak berpenghujung dalam negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah