32.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki tular rempuh dua penunggang motosikal didakwa

    Shopee Sale

    Lelaki yang tular memandu kereta sehingga merempuh dua penunggang motosikal semalam, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya.

    Mengikut kedua-dua pertuduhan itu, T.S. Kugenthiran, 25, didakwa memandu kenderaan secara melulu yang berbahaya kepada Muhammad Afiq Zayani Azliyuszaini, 24, dan Muhammad Hairy Abdul Rahman, 19, di Jalan Sultan Ismail dari arah pusat bandar menghala ke arah Tuanku Abdul Rahman di sini pada 4.30 pagi, 2 April.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak melebihi RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan, jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurbatrisyia Mohd Razib menawarkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

    Peguam Ahmad Nadzli Rizal yang mewakili tertuduh memohon jaminan minima atas alasan anak guamnya masih bujang dan bekerja sambilan di Genting Highlands sementara menunggu kemasukan untuk melanjutkan pelajaran.

    MENARIK:  Lebih 2 juta permohonan dari akaun sejahtera ke akaun fleksibel KWSP

    Majistret Tg Syazwany Yasmyn Tuan Roslan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan kes.

    Sebelum ini, polis dilaporkan menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal, dipercayai berpunca daripada kegagalan mematuhi lampu isyarat merah.

    Hasil siasatan polis mendapati dua motosikal itu sedang melintasi persimpangan dengan lampu isyarat hijau, namun sebuah kereta dari arah kanan dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat merah lalu merempuh penunggang motosikal berkenaan.

    Dua penunggang berkenaan mengalami kecederaan serius dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan mangsa berusia 24 tahun putus kaki kiri, manakala seorang lagi patah tangan serta kaki kiri.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah