25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kurang petugas punca OKU terus terdedah kemalangan

    Shopee Sale

    Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) berpendapat antara punca yang menyebabkan kemalangan kepada golongan terbabit boleh dikawal jika pihak berkuasa berkaitan tidak bergantung kepada teknologi semata-mata.

    Presiden SBM, Mohd Mustaza Mohd Zain, berkata perhatian yang lebih diperlukan untuk memantau golongan orang kurang upaya (OKU) di sesebuah kemudahan awam.

    Katanya pihak Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan KTMB Bhd juga perlu memastikan setiap petugas kawalan mereka yang berada di kawasan platform boleh membantu para pengguna khususnya dalam kalangan OKU penglihatan.

    “Kekurangan para petugas di lokasi-lokasi strategik seperti di platform adalah antara faktor yang menyebabkan insiden kemalangan OKU di stesen perkhidmatan rel berterusan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Kelmarin seorang lelaki yang juga OKU penglihatan maut selepas terjatuh ke landasan LRT laluan Ampang-Sri Petaling kira-kira am 8.30 pagi.

    MENARIK:  PSM gesa cukai kekayaan diperkenal

    Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, siasatan awal mendapati mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh ke kawasan rel sebelum dilanggar sebuah tren yang melintasi kawasan berkenaan.

    Mohd Mustaza berkata SBM menyambut baik langkah yang diambil oleh Kementerian Pengangkutan bersama Prasarana untuk melaksanakan siasatan terperinci berhubung insiden ini.

    Katanya langkah tambahan seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV) pintar dan pintu skrin platform yang diumumkan oleh kerajaan juga adalah mustahak bagi mengelak tragedi sama berulang.

    Pada masa sama, tambah Mohd Mustaza, SBM menyarankan agar Kementerian Pengangkutan agar bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi melatih para petugas perkhidmatan rel supaya mereka lebih cakna dan proaktif berkomunikasi serta membantu para pengguna kurang upaya.

    "SBM bersedia untuk memberikan khidmat teknikal dalam menyediakan latihan tersebut," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah