26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Korea Selatan tamatkan undang-undang tentera lepas 6 jam

    Shopee Sale

    Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengumumkan penamatan undang-undang tentera awal pagi Rabu, selepas Dewan Negara meluluskan usul bagi menuntut penamatannya, lapor Agensi Berita Yonhap.

    Kabinet meluluskan usul terbabit pada 4.30 pagi (waktu tempatan), kira-kira enam jam selepas Yoon mengisytiharkan undang-undang tentera itu dengan alasan pihak pembangkang "melumpuhkan" kerajaan melalui aktiviti anti-negara.

    Keputusan itu menimbulkan kebimbangan di dalam dan luar negara, lapor Yonhap.

    Ketua Turus Bersama mengesahkan bahawa pasukan yang dikerahkan untuk melaksanakan undang-undang tentera telah kembali ke pangkalan masing-masing, sekali gus memulihkan keadaan.

    “Pada 11 malam tadi, saya mengisytiharkan undang-undang tentera darurat dengan niat untuk menyelamatkan negara daripada ancaman pihak anti-negara yang cuba melumpuhkan fungsi penting negara serta ketertiban perlembagaan demokrasi bebas.

    MENARIK:  RUU Majlis Media dibentang minggu depan - Fahmi

    “Namun, memandangkan Dewan Negara menuntut pemansuhannya, saya menarik balik pasukan yang dikerahkan untuk menguatkuasakan hal ehwal undang-undang tentera,” kata Yoon.

    Yoon turut menyeru Dewan Negara untuk menghentikan apa yang disifatkannya sebagai tindakan "keterlaluan" yang melumpuhkan fungsi kerajaan, termasuk percubaan untuk memecat pegawai kerajaan.

    Selepas pemansuhan undang-undang tentera itu, ahli parlimen pembangkang mengkritik tindakan Yoon, malah ada yang mengancam untuk mendesak pemecatannya.

    Pengisytiharan itu turut mencetuskan reaksi antarabangsa, dengan pegawai Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan dan menggesa agar pertikaian politik di Korea Selatan diselesaikan secara aman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah