Pelakon, Shaheizy Sam mengakui teruja apabila kembali diberi peluang membawakan watak antagonis menerusi filem Chelot selepas 15 tahun tidak melakonkan karakter jahat.
Artikel Berkaitan: Individu Terharu Kenang Shaheizy Sam Santuni Arwah Bapa Sakit Strok – ‘Dia Terus Bangun Datang Dekat Meja & Bergambar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sampai Hari Ini Orang Panggil Saya Mat Rempit, Tapi Sebenarnya Saya Takut Bawa Motor’ – Shaheizy Sam
Watak jahat

Sam, 43, berkata, dia bukan sengaja memilih untuk kerap membawakan watak baik, sebaliknya peluang untuk menjayakan karakter antagonis jarang diberikan kepadanya.
Evolusi KL Drift 2 merupakan kali terakhir saya bawa watak jahat, filem itu ditayangkan pada 2010. Memang lama saya tidak bawa watak ‘villain’.
Saya tidak diberikan peluang dan tawaran untuk bawa watak jahat. Tawaran yang diberikan watak seperti dalam filem Adnan Sempit banyak komedi. Peluang watak jahat itu tiada.
Sam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Chelot yang berlangsung di GSC IOI Mall Putrajaya, Selasa lalu.
Berkongsi pengalaman membawakan watak jahat selepas sekian lama, Sam mengakui setiap karakter mempunyai cabaran tersendiri, namun baginya watak antagonis memerlukan pendekatan yang berbeza.
Apa-apa watak sebenarnya memang susah, cuma kesukaran jadi watak jahat berbeza dengan watak baik. Saya perlu pandai untuk seimbangkan supaya tidak terlalu nampak jahat sangat dan tidak baik sangat.
Dalam pada itu, Sam berharap kemunculannya sebagai antagonis dalam Chelot membuka lebih banyak peluang untuk dia meneroka karakter sama pada masa akan datang.
Kalau dapat watak jahat lagi selepas ini memang seronok. Tanggungjawab bawakan watak jahat tidak seberat saya bawakan watak utama.
Watak jahat tidak perlu mengambil tanggungjawab untuk mengangkat keseluruhan filem, asalkan meninggalkan kesan kepada penonton. Jika ada lagi tawaran bawakan watak jahat, saya berbesar hati untuk menerima.
The post Filem Chelot: Shaheizy Sam Kembali Bawa Watak Jahat Selepas 15 Tahun first appeared on OHBULAN!.





