Jemaah menteri hari ini bersetuju supaya Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Katanya, sehubungan itu RUU itu akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama, minggu depan.
"Sekiranya ada masa akan dibahas dibuat bacaan kedua dalam mesyuarat kali ini.
“Jika tidak ia telah disenaraikan untuk dibahas dalam mesyuarat akan datang," katanya dalam sidang media hari ini di Putrajaya.
Penubuhan Majlis Media Malaysia adalah bagi membangunkan dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan negara serta memastikan pelaporan berita dilakukan oleh media secara bertanggungjawab.
Majlis itu turut berfungsi menggalakkan komunikasi antara pengamal media, kerajaan dan orang awam selain menyokong pembangunan profesional wartawan serta organisasi media.
[Berita penuh menyusul]





